Headlines
Published On: Friday, December 16, 2011
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

PENTING: PERMOHONAN DANA KIJANG EMAS 2011/12 KINI DIBUKA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM............



          Assalamualaikum w.b.t..


          Alhamdulillah,.setelah lebih kurang sebulan promosi “pelaburan akhirat” dibuka,,kami dari unit Dana Kijang Emas sesi 2011/12 menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli KMKJ..Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang menyumbang tidak kira penyumbang tetap mahupun fleksibel..

Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik,akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka;dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.                                     
                                                                                                                             (Al-Hadid Ayat 18)
Semoga segala amalan kita diterima olehNYA.insyaAllah..


           Sehubungan dengan itu, pihak Dana Kijang Emas sesi 2011/12 dengan ini berbesar hati ingin membuka tawaran permohonan dana  untuk sesi pembelajaran semester kedua tahun 2012.
Permohonan ini akan dibuka sehingga 24 Disember 2011.Sebarang permohonan melebihi tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.


            Seramai 6 orang pemohon yang menepati syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan akan dipilih iaitu 4 daripadanya akan mendapat dermasiswa dan 2 bakinya akan mendapat pinjaman boleh ubah.
Badan pengurus Dana Kijang Emas KMKJ sesi 2011/12 telah menetapkan nisbah bagi setiap permohonan yang akan diluluskan mengikut mantiqah berdasarkan keadaan pelajar di mantiqah terbabit seperti berikut:

1-Mu’tah- 3 pelajar  
2-Mafraq- 2 pelajar
3-Irbid + Amman- seorang


'Permohonan yang diminta mestilah tidak melebihi daripada  JD100.'


SYARAT AM PENERIMA / PEMINJAM DANA
1-Ahli rasmi KMKJ. 
2-Benar-benar memerlukan bantuan kewangan. 
3-Latar belakang ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah. 
4-Memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Borang Permohonan Dana. 
     5-Tidak mendapat mana-mana biasiswa atau bantuan lain.


JENIS-JENIS PERMOHONAN


1-Dermasiswa- penerima tidak perlu membayar balik keseluruhan wang yang ----------diterimaSyarat khas: mengalami masalah kewangan dari segi                                                                             

  • Yuran pengajian
  • Buku-buku akademik
  • Prestasi akademik yang memuaskan

2-Pinjaman boleh ubah- penentuan samaada kadar bayaran adalah 75% ataupun 25% berdasarkan status pendapatan keluarga pemohon.

CARA MEMOHON

  •  Pemohon perlu mendownload borang secara online dengan klik DI SINI.
  •  Borang perlulah diisi selengkapnya dengan mengemukakan maklumat yang benar. Sebarang    penyelewengan maklumat akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
  •  Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar melalui e-mel ;


KEPADA SYABAB, KIRIMKAN BORANG ANDA KEPADA :

Abdul Hadi Bin Shamsul Bahrin

hady_13@yahoo.com

0779669739


SEKIRANYA AKHAWAT, KIRIMKAN BORANG ANDA KEPADA:

Nur Amalina Bt Juhari

amalmujahidah@yahoo.co.uk

0779974126


  •      Pastikan borang yang hendak dihantar, ditulis nama penuh pemohon pada judul @"subject" emel supaya memudahkan urusan penerimaan e-mel 
  •   Keputusan permohonan anda akan diberitahu kemudian bergantung kepada pihak pengurus sama   ada emel, telefon, menghantarnya melalui wakil atau cara-cara lain.


    Sebarang masalah atau kemusykilan bolehlah menghubungi Abdul Hadi dan Nur Amalina untuk maklumat lanjut. J

                  p/s- kepada mana-mana ahli KMKJ yang masih ingin menyumbang meringankan beban rakan-rakan seperjuangan kita,,pihak Dana Kijang Emas amat mengalu-alukan sumbangan anda.
    Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah Azza Wa Jalla.Nilai sesuatu amal itu bukanlah bergantung kepada banyak atau sikitnya amal kita, tetapi ia bergantung kepada niat dan matlamat sesuatu amal itu sendiri..Selamat beramal!!



    TERBITAN 
    ORGANISASI DANA KIJANG EMAS
    2011/2012 


    About the Author

    Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 1:21:00 AM . Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

    By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 1:21:00 AM . Filed under , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

    0 cadangan dan kritikan membina for " PENTING: PERMOHONAN DANA KIJANG EMAS 2011/12 KINI DIBUKA "

    Post a Comment

    Tv Kmkj

      Blog Archive