Headlines

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

21 Aug 2022 / undefined Comments

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman YAKIN kini telah dibuka untuk permohonan.Bagi keluarga KMKJ bermula tahun 2 dan keatas yang ingin memohon pinjaman pelajaran, boleh terus ke laman PORTAL PINJAMAN PELAJARAN YAKIN di pautan...

Read More...

Aktiviti
Hebahan

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman......

Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga Tadbir Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2022/2023

[ STRUKTUR KEPIMPINAN ]Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga TadbirKesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2022/2023[......

Pengetahuan AM

Sejarah Penubuhan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)

SEJARAH PENUBUHAN KMKJ Bismillahi Ar-Rahman Ar-RahimAssalamualaikum WBTPada siri kali ini, kami ingin memperkenalkan......

Kalam Pimpinan Ahli Majlis Tertinggi KMKJ Sesi 2016/2017 بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة......

Warung KMKJ

    Mesin Photostat KMKJ

    Promosi Harga termurah di pasaran Jordan.jom Ahli KMKJ pakat-pakat guna mesin photostats kit......

Dana Kijang Emas

Terima Kasih dari Team Dana Kijang Emas

......

Zakat MAIK

Carta Alir Permohonan Zakat MAIK 2015

باسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.. Kepada mahasiswa/i KMKJ yang ingin memohon zakat......

AYUH SAMA-SAMA MENYUMBANG BAGI DANA KEWANGAN KMKJ 14/15

Assalamualaikum w.b.t. Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) adalah persatuan yang menyatukan anak Kelantan......

CARTA ALIR PERMOHONAN ZAKAT MAIK

Bagi memudahkan urusan permohonan zakat MAIK, pihak Biro Zakat & Kebajikan KMKJ 2014/2015 telah melakarkan......

Pinjaman YAKIN

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman......

SENARAI RASMI NAMA YANG LAYAK MENDAPAT PINJAMAN (YAKIN) 2014

BISMILLAH.. DENGAN SECARA RASMINYA PIHAK YAKIN TELAH MENGELUARKAN SENARAI NAMA YANG LAYAK MENDAPAT PINJAMAN......

TV KMKJ

Kalam Pimpinan Ahli Lembaga Tadbir sesi 2016/2017

     KALAM PIMPINAN AHLI LEMBAGA TADBIR KMKJ "Persatuan lubuk pengalaman. Terjunlah......

Dari Pejabat KMKJ

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman......

Kelas Multimedia
SPR KMKJ
Galeri Anak Kelantan
Published On: Thursday, October 27, 2011
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Selamat Menunaikan Haji dan Salam Aidil Adha


Walaupun mendapat khabar berita kesemua ajanib tidak dapat bersama turut serta untuk menunaikan haji namun tidak bermakna kita tidak boleh mengambil peluang untuk mengucapkan kepada seluruh umat islam yang lain dengan ucapan "SELAMAT MENUNAIKAN HAJI". 

Dengan ini KMKJ mengucapkan selamat menunaikan haji kepada seluruh umat islam yang dipilih menjadi tetamunya pada tahun ini. dan Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Sedikit perkongsian bersama :
Haji adalah merupakan ibadat fardhu yang diwajibkan, tetapi kewajipan haji agak berlainan dengan ibadat-ibadat yang lain dari segi konsep dan kefardhuannya, di mana ibadat haji hanya diwajibkan ke atas umat Islam yang berkemampuan mengunjungi Baitullahil Haram di Makkah. Ada pun orang-orang yang tidak berkemampuan dari segi perbelanjaan, kesihatan tubuh badan dan keselamatan perjalanan, maka tidak diwajibkan atau dengan ertikata lain tidak dikira salah kerana tidak melakukannya.
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud :-
" Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu sampai kepadanya "
Walau bagaimana pun, umat Islam pada keseluruhannya berkaitan dengan ibadah haji ini terbahagi kepada beberapa golongan :
- Golongan yang berkemampuan untuk mengerjakan ibadah Haji sehingga mereka telah mengerjakannya beberapa kali dan berkemampuan untuk mengerjakannya beberapa kali lagi jika mereka mahu.
- Golongan yang hanya berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji walaupun sekali sahaja dalam hidupnya, samada telah dikerjakan atau akan dikerjakan.
- Golongan yang langsung tidak berkemampuan untuk menunaikan ibadah Haji walaupun sekali dalam hidup sedangkan keinginan dan cita-cita tetap ada.
- Golongan yang berkemampuan dari segi perbelanjaan dan seumpamanya tetapi belum lagi mengerjakan ibadat Haji dan tidak pernah terlintas untuk mengerjakannya walaupun ia telah berkesempatan ke tempat-tempat lain yang lebih jauh daripada itu.
Golongan yang keempat inilah yang dibimbangi akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al Hakim daripada Saidina Ali yang bermaksud :
" Sesiapa yang memiliki perbelanjaan yang melebihi dari keperluannya dan mencukupi untuk perbelanjaan menunaikan ibadah Haji serta mempunyai kenderaan yang boleh membawanya ke Baitullah dan tidak mengerjakan Haji, maka tidak ada apa yang menghalangnya dari mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani "
Imam An-Nawawi berkata: "Makna yang paling benar dan paling masyhur bagi haji mabrur ialah ibadah haji yang tidak dicemari oleh perbuatan dosa."
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Ali-Imran 3: Ayat ke 31)
 

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 10:46:00 AM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 10:46:00 AM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Selamat Menunaikan Haji dan Salam Aidil Adha "

Post a Comment

Tv Kmkj

  1. Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka
  2. Jualan Nasi Minyak Ayam Masak Merah
  3. Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga Tadbir Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2022/2023
  4. Sejarah Penubuhan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)
  5. Logo Rasmi KMKJ
  6. Kalam Pimpinan Ahli Lembaga Tadbir sesi 2016/2017