Headlines
Published On: Wednesday, August 18, 2010
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

PENGUMUMAN :untuk Penyumbang Dana Kijang Emas KMKJ


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.



Rasulullah saw bersabda,
“Sebaik-baik harta seseorang dan simpanannya adalah sedekah.”

Untuk pengetahuan semua ahli KMKJ, DANA KIJANG EMAS KMKJ baru sahaja berusia lima bulan, dan dana ini masih lagi dalam proses pengukuhan dan pengutipan sumbangan daripada ahli yang berkemampuan. 

Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan telah diterima daripada ahli-ahli KMKJ sepanjang lima bulan beroperasi. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak KMKJ diucapkan kepada yang bermurah hati untuk menyumbang kepada DANA KIJANG EMAS ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik kalian, insyaAllah.

Seperti yang sedia maklum, borang yang diedarkan sebelum ini adalah sah sehingga tamatnya sesi KMKJ 2009/2010. Justeru, Jawatankuasa DANA KIJANG EMAS KMKJ dengan sukacitanya membuka peluang bagi ahli-ahli KMKJ yang berkemampuan untuk meneruskan sumbangan anda pada dana ini. Peluang juga dibuka kepada mana-mana ahli yang belum menyertai sumbangan, penyertaan anda amatlah dialu-alukan.


Kepada ahli-ahli KMKJ yang berminat, sila hubungi talian berikut untuk pengedaran borang
 DANA KIJANG EMAS KMKJ 2010/2011 :
SYABAB :     ABDUL HADI BIN SHAMSUL BAHRIN               077 9669739
AKHAWAT : NUR ANIS AFIQAH MOHAMAD HANAPI      077 9974187

“KEBAJIKAN TERJAMIN, BEBAN TERLERAI”

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 4:18:00 PM . Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 4:18:00 PM . Filed under . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

1 cadangan dan kritikan membina for " PENGUMUMAN :untuk Penyumbang Dana Kijang Emas KMKJ "

  1. iAllah akan terus menyumbang utk dana kijang emas tu...moga2 beroleh saham di akhirat sana...
    tp bila buka sem baru ni mntk AJK promote hebat2 sket....^^
    ramai yg terlupa sbb dh balik mesia...

    irbid terchenta =)

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive