Published On:
Saturday, November 1, 2014
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
PROGRAM RAMAH MESRA MENGERATKAN UKHUWWAH ANAK KELANTAN
Alhamdulillah, 3 program ramah mesra yang dianjurkan oleh perwakilan mantiqah Irbid, Mafraq dan Mu'tah telah mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak KMKJ. Program Rumah Terbuka Raya Aidiladha telah diadakan di Mafraq pada 18 Oktober 2014 manakala 2 lagi program iaitu 3S gabungan bagi SEMBANG PETANG, SIMPULAN KASIH PIMPINAN DAN SAMBUTAN MUTAZAWWIJ yang bertempat di Mu'tah serta Ramah Mesra Anak Kelantan di Irbid, kedua-duanya telah dilaksanakan pada 30 Oktober yang lalu.
Secara umumnya, objektif utama aktiviti seumpama ini dianjurkan adalah untuk menjadikan program ini sebagai medium untuk ahli baru dan warga KMKJ berkumpul merapatkan ukhuwah di samping menjalin dan memperkasakan hubungan baik pimpinan bersama ahli baru KMKJ.
Besar harapan kami, barisan pimpinan KMKJ 14/15 agar program ini benar-benar mencapai hadafnya, moga-moga ukhuwwah yang terbina menjadi lebih kukuh dan sama-sama kita menjaga kebajikan sesama kita.
' Kebajikey demo kito pakat cagho ' ' Kebajikan Anda Keutamaan Kami '

Rumah Terbuka Aidiladha di Mafraq |
Ramah Mesra di Irbid |
Program 3S di Mu'tah |