Headlines

Booster Ramadhan Syabab

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, August 18, 2009 | Posted in

Assalamu3alaikum wbt...

Bagaimana dengan iman kalian semua? Harap2nya semua saling meningkatkan iman dan memperbaiki amalan kita smpena bulan ramadhan yg semakin menghampiri kita~

Bagaimana pula dgn persedian imtihan nihaie? sudah pastinya syabab2 KMKJ sudah bersedia dgn penuh mantap! Tetapi, kalau usaha saje, tanpa kita meminta dari Sang Pencipta, apa gunanya?


(55) Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
(56) Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
[7:55-56]

Oleh yg demikian, KMKJ mantiqah Irbid dgn sukacitanya mengadakan program:

BOoSTeR RaMaDHaN!!!!

Bertempat di:

Darr Maahad Ghazzah (rumah YDP kito!!)

Masa:

Khamis 20/8/2009 6.30petang


Objektif:

Solat Hajat untuk imtihan nihaie
Bersedia menghadapi Ramadhan tahun ini


Tentatif:

Bacaan Ma'thurat
Tazkirah
Solat Magrib berjemaah
Solat Hajat
Makan (nasi bukhari special dari Thailand!!! *slurring* )
Ucapan
Bersurai


Di harap bagi ahli2 KMKJ syabab boleh menghadiri majlis ini. Semakin ramai semakin bagus! Sama2 luangkan masa bersama!
Pakat mari ramai2!!

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai .."
-Ali-3imran:103-


P/s: untuk akhowat ado jugok.. di sini iklannya.. dop cekat nok tulih balik sbb pok2 dio wat doh..
iklannya di sini

Sejarah Ringkas Penubuhan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

Pada khamis, tanggal 6 April 1995 bersamaan 4 Zulhijjah 1414, tertubuh secara rasminya sebuah persatuan anak negeri kelantan yang dikenali sebagai Keluarga Mahasiswa Kelantan Jordan atau secara ringkasnya KMKJ. Idea penubuhan persatuan ini adalah hasil bersama seluruh anak negeri Kelantan di Jordan. Objektif utama penubuhannya adalah menjaga kebajikan anak-anak Kelantan di Jordan melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan lunas-lunas islam.

Setelah mendapat mandat secara rasminya daripada Y.A.B. Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang disampaikan melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK), pihak YIK telah mengamanahkan kepada Y.B. Ustaz Nik Zawawi Salleh (bekas pelajar al-Albayt, Jordan) bagi menguruskan penubuhan secara rasmi.

Proses penubuhan mengambil masa kira-kira 4 bulan bagi menyediakan draf undang-undang dan perkara yang berkaitan. Proses ini dikendalikan oleh pihak penaja yang dipengerusikan oleh Y.B. Ustaz Zawawi Salleh dan dianggotai oleh beberapa orang pelajar. Antaranya ialah Ustaz Haron Sulaiman, Ustaz Wan Mohamad Zamri Wan Salleh, Ustaz Azhar Arifin dan Ustazah Mazlina.

Pihak penaja turut melantik lujnah penggubal draf perlembagaan yang diketuai oleh Ustaz Mazlan Ibrahim. Draf ini telah diluluskan secara rasminya pada Mesyuarat Agung Kali Pertama KMKJ dengan beberapa perubahan.

Dalam Mesyuarat Agung Kali Pertama, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan semua calon telah menang tanpa bertanding dan perlantikan secara rasminya Yang Dipertua yang pertama, Ustaz Azhar Arifin @ Yaacob seta Ketua Hewanya, Ustazah Mazlina Muhammad. Pada tahun 1996, Keluarga Mahasiswa Kelantan Jordan ditukarkan secara rasminya kepada Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan yang berkekalan sehingga ke hari ini.

Berikut merupakan objektif penubuhan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan:
  • Menjaga hal ehwal kebajikan pelajar Kelantan di Jordan.
  • Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli.
  • Menjaga saluran rasmi antara pelajar-pelajar Kelantan dengan kerajaan negeri Malaysia amnya dan kerajaan Kelantan khususnya.
  • Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada para ahli.
  • Menjalinkan hubungan dengan persatuan-persatuan lain di Jordan dan luar Jordan.
Setelah mengorak langkah selama lebih 15 tahun dalam memberikan sepenuh kebajikan serta menyatukan pelajar-pelajar Kelantan di bawah satu organisasi yang tersusun, KMKJ telah menyaksikan seribu satu macam suka duka, permasalah dan perubahan yang melibatkan anak-anak Kelantan di Jordan ini.

Setiap pertubuhan dan gerakan mahasiswa adalah berperanan sebagai pemangkin dalam membentuk identiti dan personaliti mahasiswa. Keterlibatan mahasiswa dalam organisasi juga merupakan aset penting untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai persediaan mantap individu sebelum pulang ke tanah air yang jauh lebih mencabar. Oleh yang demikian, usaha ke arah melibatkan individu yang bergelar mahasiswa dalam berpersatuan melalui program-program yang diadakan sama ada sebagai penggerak, pendokong atau penyokong tidak seharusnya dipandang remeh bagi melahirkan mahasiswa yang beriman, proaktif, berwaspada dan berketerampilan.

Tv Kmkj

    Blog Archive