Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Friday, May 15, 2015
|
Posted in
Ahli
,
Dana Kijang Emas
,
Hebahan
,
status
,
Terkini KMKJ
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Thursday, April 30, 2015
|
Posted in
Ahli
,
Dana Kijang Emas
,
Hebahan
,
status
,
Terkini KMKJ
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
Alhamdulillah selaut tahmid, selangit tasbih kita panjatkan ke hadrat tuhan sekalian alam atas segala nikmat dan rahmatnya, kita pada hari ini kita masih lagi dipanjangkn umur dalam iman dan islam disamping kesihatan yang memberangsangkan...
Seperti sedia maklum, malam ni Dana Kijang Emas akan membuka spreadsheet Penderma Dana Kijang Emas utk sesi kali ini....spreadsheet ni akan ditutup pada 30/4/2015...dan kutipan akan dijalankan bermula bulan 5 thun ini... kalau sebelum ini penderma biasanya difokuskan kepada mantiqah irbid, sesi kali nih sedikit pembaharuan telah kami buat iaitu membuka penderma daripada semua mantiqah...Oleh yang demikian kami amatlah mengharapkan penyertaan daripada segenap pelosok mantiqah amman,mafraq,mu'tah dan irbid juga untuk mengisi spreadsheet sebagai penderma untuk sesi kali ini...smoga allah memberkati kalian,keluarga kalian dan orang2 disekeliling kalian...ameen.... smile emoticon
jadinya kepada penderma yang baik hati...jemputlah blako isi spreadsheet dibawah nih...kepada mereka yg dah menderma masa sesi sebelum nih pun anda semua amatlah dialu-alukan untuk menderma lagi untuk sesi kali nih....
pakat promote blako deh.... smile emoticon
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Thursday, July 31, 2014
|
Posted in
Ahli
,
Dana Kijang Emas
,
Hebahan
,
Terkini KMKJ
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
Alhamdulillah, sebagaimana kita semua maklum, barisan pimpinan KMKJ sesi 14/15 serta team penggerak Dana Kijang Emas (DKE) telah bersama berganding bahu bagi menggerakkan tabung DKE kita sesi ini untuk sedikit sebanyak menjaga kebajikan anak Kelantan di Jordan.
Namun sudah pasti usaha ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dukungan sahabat-sahabat warga KMKJ yang lain. Oleh itu, dengan rendah hatinya saya, Ameer Firdaus Zulkefle selaku Pengerusi DKE sesi ini, mewakili semua team penggerak DKE menyeru supaya kita semua dapat sama-sama menyumbang sedikit sebanyak daripada apa yang kita ada dan apa yang kita mampu untuk kita kongsikan dengan sahabat-sahabat kita yang lain.
Semoga pertolongan yang kita hulurkan hari ini dapat menolong kita di hari kemudian. Insya'Allah.
*******************************************************************************************
Bagaimana untuk menyumbang?
-Isi spreadsheet di bawah dan insya'Allah pihak DKE akan hubungi setiap penderma yang mendaftar
Berapa lama tempoh pakej ini?
-Insya'Allah pakej ini selama 12 bulan bermula dari tarikh mendaftar.
*Berikut adalah spreadsheet untuk penderma syabab :
*Berikut adalah spreadsheet untuk penderma akhawat :
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Friday, July 25, 2014
|
Posted in
Ahli
,
Dana Kijang Emas
,
Hebahan
,
Terkini KMKJ
Berikut merupakan organisasi jentera penggerak Dana Kijang Emas (DKE) bagi sesi 2014/2015
PENGERUSI
AMEER FIRDAUS BIN ZULKEFLEE
(Perubatan - JUST - Tahun 2)
TIMBALAN PENGERUSI
FARAHANA BINTI MOHD NASIR
(Perubatan - JUST - Tahun 3)
SETIAUSAHA
AHMAD FARHAN BIN MOHD FAUZI
(Perubatan - JUST -Tahun 1)
TIMBALAN SETIAUSAHA
NUR SYUHADA NABILA BINTI BAHARUDDIN
(Perubatan - JUST - Tahun 2)
BENDAHARI
AHMAD RASHDAN BIN RAZLAN
(Perubatan - JUST - Tahun 2)
TIMBALAN BENDAHARI
NURHAMIZAH BINTI NURDIN
(Perubatan - JUST -Tahun 2)
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Saturday, December 22, 2012
|
Posted in
Dana Kijang Emas
,
Terkini KMKJ
Bismillahirrahmanirrahim .
Alhamdulillah. Berkat
sokongan dari anok beranok kito belako, DanaKijang Emas telah menerima sambutan yang menggalakkan
dari semo ahli KMKJ kito. moga moga amalan, sedekah kita,
pelaburan kita mampu memberatkan mizan kita di akhirat kelak.insha Allah.
Sesungguhnya
orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan
kepada Allah dengan pinjaman yang baik,akan dilipatgandakan (balasannya) bagi
mereka;dan mereka akan mendapat pahala yang mulia. (Al-Hadid : 18)
Sehubungan dengan itu,pihak DANA KIJANG EMAS berbesar
hati mengumumkan SECARA RASMI PERMOHONAN KINI DIBUKA ! bagi
sesi semester kedua daripada 22 Disember 2012 hingga 10 Januari 2013. Sebarang
permohonan selepas dari tarikh itu tidak akan dilayan sama sekali.
Bagaimanapun, pihak AJK telah sebulat suara
mengubah suai beberapa syarat permohonan pada tahun ini untuk melicinkan
pengurusan dan mengambil kira faktor ekonomi dan situasi di Jordan sekarang
ini.
[
Permohonan yang diminta mestilah tidak melebihi daripada JD100 ]
SYARAT AM PENERIMA / PEMINJAM
DANA :
1. Ahli rasmi KMKJ.
2. Benar-benar memerlukan bantuan kewangan.
3. Latar belakang ekonomi keluarga yang
berpendapatan rendah.
4. Memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Borang
Permohonan Dana.
5. Tidak mendapat mana-mana biasiswa atau bantuan
lain.
JENIS-JENIS PERMOHONAN :
1. Dermasiswa - penerima tidak
perlu membayar balik keseluruhan wang yang diterima.
Syarat Khas : mengalami
masalah kewangan dari segi :
> Yuran pengajian
> Buku-buku
akademik
> Prestasi akademik yang memuaskan.
CARA MEMOHON :
1. Segera dapatkan borang daripada wakil bagi setiap mantiqah .
2. Isi dengan LENGKAP . * borang yang tidak lengkap,tidak akan
dilayan.
3. Serahkan borang yang lengkap kepada wakil sebelum tarikh tutup.
4. Keputusan permohonan anda akan diberitahu kemudian.
*PINJAMAN BOLEH UBAH DIMANSUHKAN pada
tahun ini.
- Etika kerahsiaan kami amalkan.
- Nama pemohon yang layak akan dirahsiakan.
P/S- kepada
mana-mana ahli KMKJ yang masih ingin menyumbang meringankan beban rakan-rakan
seperjuangan kita, pihak Dana Kijang Emas amat mengalu-alukan sumbangan anda.
Sedekah anda, walaupun kecil
tetapi amat berharga di sisi Allah Azza Wa Jalla.Nilai sesuatu amal itu
bukanlah bergantung kepada banyak atau sikitnya amal kita, tetapi ia bergantung
kepada niat dan matlamat sesuatu amal itu sendiri..Selamat beramal !
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Wednesday, December 19, 2012
|
Posted in
Dana Kijang Emas
,
Terkini KMKJ
Dana Kijang Emas merupakan organisasi yang berada di bawah naungan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan ditubuhkan untuk membantu anak Kelantan yang menuntut pelajaran di Jordan yang menghadapi masalah kewangan.
InsyaAllah Dana Kijang Emas akan membuka permohonan dalam masa terdekat untuk memberi sedikit bantuan kepada pelajar persendirian. Diharapkan dengan bantuan yang akan diberikan dapat meringankan sedikit beban pelajar untuk meneruskan pengajian di universiti di semua mantiqah di Jordan.
Semua pelajar diminta untuk sentiasa cakna dengan perkembangan terbaru mengenai Dana Kijang Emas dan diminta kepada semua pihak dapat mewar - warkan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal.
Borang permohonan boleh diambil dari setiap wakil disetiap mantiqah samada Irbid, Mafraq, Mutah dan Amman. Pada tahun ini Dana Kijang Emas hanya mengeluarkan permohonan untuk Dermasiswa iaitu sejenis bantuan kewangan tanpa bayaran balik.
Borang permohonan dijadualkan untuk dikeluarkan pada 22 Disember 2012 dan tapisan akan dibuat bagi memastikan pelajar yang benar - benar layak sahaja menerima bantuan dari Dana Kijang Emas. Semua wakil setiap mantiqah akan diumukan pada masa terdekat melalui blog KMKJ atau page facebook Dana Kijang Emas. Jangan lupa untuk add kami di Facebook untuk mengatahui pelbagai maklumat mengenai proses permohonan di sana.
Follow Facebook Dana Kijang Emas (DKE) :
http://www.facebook.com/profile.php?id=100004629608248&ref=ts&fref=ts
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Friday, November 2, 2012
|
Posted in
Dana Kijang Emas
,
Terkini KMKJ
MAKLUMAT AHLI
JAWATANKUASA TERTINGGI KIJANG EMAS 2012/2013
PENGERUSI
NIK ABDUL HALIM BIN SEMAN
0777538047
TIMBALAN PENGERUSI
MALINI BINTI HASSAN
0775220167
SETIAUSAHA
MOHD LUQMAN BIN MOHD SHARIP
0779883280
TIMBALAN SETIAUSAHA
MAHFUZAH BINTI MD. JUNOS
0775374551
BENDAHARI
MOHAMAD IZZAT SYAMEER BIN MOHD ZAID
0777231547
TIMBALAN BENDAHARI
FARAHANA BINTI MOHD NASIR
0775191734
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
|
Posted in
Dana Kijang Emas
,
Terkini KMKJ
Dana kijang emas merupakan satu
badan di bawah naungan KMKJ yang ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar
Kelantan yang memerlukan bantuan
kewangan di Jordan. Kutipan wang dijalankan oleh pihak jawatankuasa dana kijang
emas dari pelajar tajaan, derma-derma khas, kerajaan negeri dan badan atau
individu bebas untuk diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Infak
bulanan ahli KMKJ yang berdaftar sebagai penyumbang tetap dan berkemampuan sebanyak 3 JOD dijalankan. Manakala mana-mana
ahli yang tidak mendaftar sebagai penyumbang tetap boleh menyumbang tanpa
terikat dengan jumlah kutipan bulanan.
Terdapat beberapa makanisme
pengagihan yang berhak dipohon oleh ahli kmkj yang masih menuntut di Jordan.
Antara mekanisme tersebut ialah :
Layak diterima oleh mereka yang mengalami
masalah kewangan dari segi yuran pengajian dan buku-buku akademik.
Kadar bayaran balik pinjaman ini bergantung
kepada pendatan keluarga samada mereka perlu membayar 75% atau 25%.
Bayaran penuh perlu dibuat kerana keluarga
pemohon berkemampuan.
Untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes
atau perniagaan. Mereka mestilah orang yang berkemampuan dan dipercayai oleh
Badan Pengurus dana.
- Bantuan/pinjaman khas kemalangan dan kecemasan
Ditimpa musibah yang memerlukan bantuan
segera samada berlaku musibah di Jordan mahupun di Malaysia.
Semoga
bantuan yang diberikan dapat memangkin
semangat untuk belajar di Jordan seterusnya berjaya menggapai segulung ijazah
untuk tanah air amnya dan untuk negeri Kelantan khususnya. Insyaallah allah
akan mempermudahkan jalan kita sekiranya kita memudahkan jalan orang lain
terutamanya umat Islam sendiri.
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Thursday, June 21, 2012
|
Posted in
Dana Kijang Emas
,
Terkini KMKJ
Majlis Penyerahan Tugas kepada Pengerusi baru DANA KIJANG EMAS (DKE) sesi 2012/2013 telah diadakan pada 21/6/2012.
Pengerusi:
NIK ABDUL HALIM BIN SEMAN
Perubatan tahun 2,JUST
Emel : lem_aries@yahoo.com
Tel : 0776878124
Timbalan Pengerusi:
MALINI BINTI HASAN
Perubatan tahun2,JUST
Emel : liniquds_92@yahoo.com.my
Tel : 0775220167
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
|
Posted in
Dana Kijang Emas
,
Terkini KMKJ
Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat muhasabah BP Dana Kijang Emas bagi sesi 2011/2012
Berikut merupakan sedikit laporan perjalanan team DKE bagi sesi ini..
DKE bagi sesi 2011/12 telah mendapat sumbangan tetap dari 37 orang (syabab dan akhawat dari Irbid) iaitu :
Sumbangan Dana dari syabab- 851 JOD
Sumbangan Dana dari akhawat-936 JOD
Jumlah keseluruhan sumbangan Dana bagi sesi 2011/12 adalah -1787 JOD
Beberapa jenis bantuan juga telah diberikan kepada mereka yang layak sepanjang sesi ini iaitu :
Bantuan Pendidikan
i) Semester kedua(5 orang penerima) -450 JOD
ii) Semester soifi(10 orang penerima) -1000 JOD
Bantuan Musibah-130 JOD
Pinjaman Penuh- 230 JOD
Jumlah keseluruhan Bantuan dikeluarkan- 1810 JOD
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang tetap Dana Kijang Emas sesi 2011/12, semoga usaha kalian membantu sahabat-sahabat kita dalam menuntut ilmu dikira sebagai ibadah oleh Allah SWT. Semoga kalian terus menyumbang bagi sesi akan datang.
Jutaan terima kasih juga diucapkan pada seluruh adik beradik KMKJ kerana terus menyokong dan memberi kerjasama sebaiknya pada Dana Kijang Emas.
Semoga DKE akan terus menjadi pemangkin kepada kebajikan anak-anak kelantan disini.
[Dana Kijang Emas 2011/2012]
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Tuesday, June 19, 2012
|
Posted in
Dana Kijang Emas
,
Terkini KMKJ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi kehidupan yang baik kepada kita di kala ini. Dalam kesibukan kita melayari ranjau kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi dan ada juga sebaliknya.Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepadaNya, kerana projek Dana Kijang Emas Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) masih lagi dapat diteruskan dengan jayanya pada kali ini.
Alhamdulillah, pada 17 April 2012 yang lepas, pihak Dana Kijang Emas telah membuka tawaran permohonan Bantuan Pendidikan Dana Kijang Emas bagi Semester Musim Panas. Sebanyak 16 borang permohonan telah dibuka bagi setiap mantiqah dan permohonan tersebut telah ditutup pada 30 April 2012 yang lalu. Sebagaimana yang kita sedia maklum, badan pengurus Dana Kijang Emas pada sesi ini telah mengambil langkah inisiatif dengan menubuhkan perwakilan Dana bagi setiap mantiqah untuk memudahkan serta melicinkan lagi gerak kerja Dana Kijang Emas.
Setelah lebih kurang 2 minggu promosi dijalankan, pihak Dana telah menerima 48 borang permohonan dari semua mantiqah. Pada 4 Mei 2012 baru-baru ini, mesyuarat khas telah diadakan bagi memilih pemohon yang layak mendapat Bantuan Pendidikan untuk semester musim panas ini. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh YDP dan YDPAH KMKJ 2012/2013 iaitu Us.Muhammad Alimin bin Mohd Abiah dan Dr.Nur Farah Aisyah binti Nazim serta dihadiri oleh Mantan YDPAH KMKJ 2011/2012 iaitu Ust.Nurhidayah binti Mohd Fadzil.
Setelah perbincangan dan penelitian dijalankan terhadap borang permohonan yang diterima, Unit Dana Kijang Emas memutuskan untuk memberi sebanyak 6 Dermasiswa dan 4 Pinjaman Boleh Ubah kepada 10 pemohon yang layak iaitu 2 dari Irbid, 5 dari Mafraq dan 3 pelajar dari Mu'tah. Sebanyak 1000 JOD telah dikeluarkan oleh Dana Kijang Emas untuk bantuan pendidikan pada kali ini.
Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya dan pihak Dana Kijang Emas mendoakan semoga urusan kalian dipermudahkan dan berharap agar bantuan pendidikan yang diberikan dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang tetap Dana, semoga usaha kalian membantu sahabat-sahabat dalam menuntut ilmu dinilai sebagai ibadah oleh Allah SWT
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Perumpamaan mereka yang membelanjakan hartanya demi mendapat ridha Allah dan meneguhkan (keimanan) jiwanya adalah bagaikan sebidang kebun ditempat yang tinggi. Ketika ditimpa hujan lebat maka hasil buahnya duakali lipat banyaknya. Jika hujan lebat tidak turun maka hujan gerimis pun telah mencukupi. Dan Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
(Al baqarah, 265)
"Pihak kami mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan daripada ahli KMKJ bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi Dana Kijang Emas KMKJ pada masa akan datang".
Terbitan oleh :
[ ORGANISASI DANA KIJANG EMAS SESI 2011/2012 ]
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Saturday, April 14, 2012
|
Posted in
Dana Kijang Emas
,
Terkini KMKJ
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah,,syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk menghirup udara yang segar di bumi barakah ini.. Ucapan tahniah juga diucapakan kepada 5 orang penerima Bantuan Pendidikan Dana Kijang Emas KMKJ bagi sesi pembelajaran semester kedua tahun 2012.
Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka,, dengan zakat itu, kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa’mu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (At Taubah,103)
Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada para penyumbang tetap dana,,semoga usaha kalian dalam membantu sahabat-sahabat dalam menuntut ilmu dinilai sebagai ibadah oleh Allah s.w.t. Biarpun sedikit, dengan hati yang tenang, dengan hati yang rendah diri, dengan hati yang ingin mendapatkan keredhaan Allah, itulah hati yang kita cari! Biarpun sebiji tamar.
Untuk pengetahuan umum, badan pengurus Dana Kijang Emas KMKJ 2011/2012 telah mengambil langkah inisiatif dengan menubuhkan perwakilan Dana Kijang Emas bagi setiap mantiqah untuk memudahkan dan melicinkan lagi gerak kerja Dana Kijang Emas.Berikut adalah nama perwakilan yang telah dilantik :-
Irbid + Amman
1) Muhammad Fathi B. Mohd Ashari (0776156852)
2) Jasmin Bt. Muhammad (0777599093)
Mafraq
1) Mohamad Al-Amin B. Zakaria (0777159326)
2) Nurul Fadhilah Bt. Mat Ripin (0777159349)
Muktah
1) Nik Mohamad Faiz B. Nik Azlan (0776654328)
2) Nur Aliza Bt. Noruddin (0776118001)
Sehubungan dengan itu, pihak Dana Kijang Emas sesi 2011/12 sekali lagi berbesar hati ingin membuka tawaran permohonan Bantuan Pendidikan Dana Kijang Emas untuk sesi pembelajaran semester musim panas tahun 2012.
Permohonan ini akan dibuka pada 17 April sehingga 30 April 2012. Sebarang permohonan selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Permohonan yang diminta mestilah tidak melebihi daripada JD100.
JENIS-JENIS PERMOHONAN
1-Dermasiswa-penerima tidak perlu membayar balik keseluruhan wang yang diterima.
-mengalami masalah kewangan dari segi:
i) yuran pengajian
ii) buku-buku akademik
iii) tidak mendapat sebarang bantuan pinjaman atau zakat dari mana-mana badan di Malaysia mahupun di Jordan.
iv) prestasi akademik yang memuaskan
2-Pinjaman boleh ubah- penentuan samaada kadar bayaran adalah 75% ataupun 50% berdasarkan status pendapatan keluarga pemohon.
CARA MEMOHON
v
- Borang permohonan bolehlah diambil daripada perwakilan setiap mantiqah yang dilantik bermula pada 17 April 2012.
- Borang permohonan yang siap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada 30 April 2012 kepada perwakilan mantiqah masing-masing.
- Borang permohonan perlulah diisi selengkapnya dengan mengemukakan maklumat yang benar.Sebarang penyelewengan maklumat akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
- Keputusan permohonan anda akan diberitahu kemudian bergantung kepada badan pengurus Dana samaada melalui emel, telefon, perwakilan mantiqah atau cara-cara lain.
BORANG ADALAH TERHAD!!!!!!
Sebarang masalah atau kemusykilan bolehlah menghubungi perwakilan yang telah dilantik di mantiqah anda untuk maklumat lanjut..
TERBITAN
ORGANISASI DANA KIJANG EMAS
2011/2012
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Saturday, January 7, 2012
|
Posted in
Dana Kijang Emas
,
Terkini KMKJ
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya kita masih lagi dapat menikmati dua nikmat terbasar, iaitu nikmat iman dan islam. Jutaan kesyukuran juga dipanjatkan kepadaNya, kerana ‘projek’ Dana Kijang Emas Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan(KMKJ) dapat diteruskan lagi pada sesi kali ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, unit khas dana kijang emas KMKJ baru sahaja ditubuhkan pada sesi lepas dibawah pengendalian mantan YDP KMKJ sesi 2009/2010. Tujuan penubuhan unit ini adalah tidak lain tidak bukan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli KMKJ yang kurang berkemampuan terutamanya dalam urusan pendidikan.
Bermula 13 November yang lalu, gerak kerja unit Dana Kijang Emas sesi 2011/2012 telah bermula dengan membuka promosi kepada ahli KMKJ yang berkemampuan khususnya para pelajar yang mendapat tajaan untuk memberi sumbangan bagi mengukuhkan lagi sumber kewangan dana. Alhamdulillah, pihak kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan, ramai ahli yang prihatin dan berminat untuk turut sama menjadi penyumbang dana.
Dan pada 16 Disember baru-baru ini, pihak dana Kijang Emas, telah membuka tawaran bantuan kewangan sebanyak enam permohonan bagi sesi pembelajaran semester kedua tahun 2012.. Setelah seminggu tawaran dibuka, pihak kami menerima 6 permohonan, 2 permohonan daripada mantiqah Irbid dan 4 lagi daripada mantiqah Mu’tah.
Setelah perbincangan dan penelitian dijalankan terhadap borang permohonan yang diterima, Unit Dana Kijang Emas memutuskan untuk memberi tawaran bantuan kewangan kepada individu – individu berikut :
1) Nur Ashiken Bt Mat Jusoh
2) Syazwani Bt Wahab
3) Nur Aliza Bt Noruddin
4) Norsyahida Bt Mat Jusoh
5) Muhammad Mukrim B. Mustafa Shukri
Tahniah diucapkan kepada mereka yang layak, pihak kami mendoakan semoga urusan kalian dipermudahkan. Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada para penyumbang tetap dana, semoga usaha kalian membantu sahabat-sahabat dalam menuntut ilmu dinilai sebagai ibadah oleh Allah s.w.t. Pihak kami mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan daripada ahli KMKJ bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi Dana Kijang Emas KMKJ pada masa akan datang.
Bantuan Kewangan (Dana Kijang Emas) kepada Pelajar tahun 1, Pergigian, Jordan University Of Science and Technology (JUST).
Disampaikan oleh Dr. Abdul Hadi Bin Shamsul Bahrin, Pengerusi Dana Kijang Emas.
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Saturday, December 17, 2011
|
Posted in
Dana Kijang Emas
,
Hebahan
,
Terkini KMKJ
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
AKHIRNYA BERJAYA DITERBITKAN
UNTUK MAKLUMAT LANJUT,
LAWATI LINK BLOG KMKJ
SEPERTI YANG TERTERA PADA POSTER DIATAS.
TERBITAN,
ORGANISASI DANA KIJANG EMAS,
2011/2012
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Friday, December 16, 2011
|
Posted in
Dana Kijang Emas
,
Hebahan
,
Terkini KMKJ
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM............
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah,.setelah lebih kurang sebulan promosi “pelaburan akhirat” dibuka,,kami dari unit Dana Kijang Emas sesi 2011/12 menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli KMKJ..Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang menyumbang tidak kira penyumbang tetap mahupun fleksibel..
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik,akan dilipatgandakan (balasannya) bagi mereka;dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.
(Al-Hadid Ayat 18)
Semoga segala amalan kita diterima olehNYA.insyaAllah..
Sehubungan dengan itu, pihak Dana Kijang Emas sesi 2011/12 dengan ini berbesar hati ingin membuka tawaran permohonan dana untuk sesi pembelajaran semester kedua tahun 2012.
Permohonan ini akan dibuka sehingga 24 Disember 2011.Sebarang permohonan melebihi tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Seramai 6 orang pemohon yang menepati syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan akan dipilih iaitu 4 daripadanya akan mendapat dermasiswa dan 2 bakinya akan mendapat pinjaman boleh ubah.
Badan pengurus Dana Kijang Emas KMKJ sesi 2011/12 telah menetapkan nisbah bagi setiap permohonan yang akan diluluskan mengikut mantiqah berdasarkan keadaan pelajar di mantiqah terbabit seperti berikut:
1-Mu’tah- 3 pelajar
2-Mafraq- 2 pelajar
3-Irbid + Amman- seorang
'Permohonan yang diminta mestilah tidak melebihi daripada JD100.'
SYARAT AM PENERIMA / PEMINJAM DANA
1-Ahli rasmi KMKJ.
2-Benar-benar memerlukan bantuan kewangan.
3-Latar belakang ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah.
4-Memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Borang Permohonan Dana.
5-Tidak mendapat mana-mana biasiswa atau bantuan lain.
1-Dermasiswa- penerima tidak perlu membayar balik keseluruhan wang yang ----------diterimaSyarat khas: mengalami masalah kewangan dari segi
- Yuran pengajian
- Buku-buku akademik
- Prestasi akademik yang memuaskan
2-Pinjaman boleh ubah- penentuan samaada kadar bayaran adalah 75% ataupun 25% berdasarkan status pendapatan keluarga pemohon.
- Pemohon perlu mendownload borang secara online dengan klik DI SINI.
- Borang perlulah diisi selengkapnya dengan mengemukakan maklumat yang benar. Sebarang penyelewengan maklumat akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
- Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar melalui e-mel ;
KEPADA SYABAB, KIRIMKAN BORANG ANDA KEPADA :
Abdul Hadi Bin Shamsul Bahrin
hady_13@yahoo.com
0779669739
SEKIRANYA AKHAWAT, KIRIMKAN BORANG ANDA KEPADA:
Nur Amalina Bt Juhari
amalmujahidah@yahoo.co.uk
0779974126
- Pastikan borang yang hendak dihantar, ditulis nama penuh pemohon pada judul @"subject" emel supaya memudahkan urusan penerimaan e-mel
- Keputusan permohonan anda akan diberitahu kemudian bergantung kepada pihak pengurus sama ada emel, telefon, menghantarnya melalui wakil atau cara-cara lain.
Sebarang masalah atau kemusykilan bolehlah menghubungi Abdul Hadi dan Nur Amalina untuk maklumat lanjut. J
p/s- kepada mana-mana ahli KMKJ yang masih ingin menyumbang meringankan beban rakan-rakan seperjuangan kita,,pihak Dana Kijang Emas amat mengalu-alukan sumbangan anda.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah Azza Wa Jalla.Nilai sesuatu amal itu bukanlah bergantung kepada banyak atau sikitnya amal kita, tetapi ia bergantung kepada niat dan matlamat sesuatu amal itu sendiri..Selamat beramal!!
TERBITAN
ORGANISASI DANA KIJANG EMAS
2011/2012