Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Saturday, December 12, 2009
|
Posted in
Hebahan
,
Terkini KMKJ
,
tvkmkj
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Friday, December 11, 2009
|
Posted in
Program
LAPORAN MAJLIS LAMBAIAN AIDILADHA
KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ) SESI 09/10Tema: “UKHWAH TERBINA PENGORBANAN DI RASA”PendahuluanAlhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana rahmat dan izin-Nya kita masih dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah Allah di bumi ini. Seinfiniti kesyukuran juga dirafa’kan kepada Allah kerana dengan berakhirnya majlis ini iaitu Majlis Lambaian Aidiladha pada 30 November 2009 bersamaan 12 Zulhijjah 1430H. Bertempat di Nadi Muallimin, Mafraq. Seramai 105 orang ahli KMKJ dari seluruh mantiqah telah hadir meraikan majlis tersebut.
Perjalanan ProgramMajlis bermula pada pukul 9.30 pagi gema wahyu dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr Syakir Bin Zahari, Yang Dipertua KMKJ.
QariUcapan YDPMajlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Sulaiman Bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (JPMJ).
Ucapan Ustaz SulaimanAktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ceramah aidiladha yang disampaikan oleh Ustaz Ihsan Fadhli Bin Che Min bertajuk “pengorbanan”, taaruf AMT KMKJ sesi 2009/2010, tayangan slideshow, perasmian blog, dana & kelab dikir KMKJ, persembahan nasyid, meraikan pengantin, penyampaian hadiah busana muslim dan cabutan bertuah.
ObjektifMenanamkan kesanggupan untuk melakukan pengorbanan ke dalam jiwa semua ahli KMKJ
Mengeratkan silaturrahim di kalangan semua ahli
Melatih dan menggalakkan ahli untuk turut serta dalam kerja-kerja persatuan
Ahli Jawatankuasa Penasihat:
Ahli Majlis Tertinggi KMKJ
Pengarah:
Muhammad Hisyamuddin Bin Fauzi
Timb.Pengarah:
Fatimah Zahara Bt Yasiman
Setiausaha:
Nik Nur Fadhilah Bt Nik Yusoff
Bendahari:
Abdul Hadi Bin Abdul Hamid
Unit Program & Protokol:
Suhrawardi Adhwa Bin Mohamad
Nur Najwa Bt Ramli
Unit Persiapan & Teknikal:
Ahmad Azrai Bin Hj Abdullah Alawi
Noor Akmal Bt Yaacob
Unit Tugasan Khas:
Muhammad Alimin Bin Mohd Abiah
Ibtesam Bt Johari
Unit Persegaran:
Ahmad Syauqi Bin Abdul Aziz
Nor Raihan Bt Musa
Suasana MajlisBersama pengantin lelakiArtis Masa MakanPemenang cabutan bertuahAkhowatSarapanSyababPenjualan dari Biro Ekonomi KMKJPentas Ketua Biro EkonomiPenceramahPenutupAlhamdulillah Majlis Lambaian Aidiladha anjuran KMKJ telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kesulitan sepanjang melaksanakan program. Sebahagian objektif program telah berjaya dicapai dengan kerjasama dari semua ahli tetapi ada sebahagian objektif tidak tercapai iaitu salah satunya mencungkil bakat mahasiswa Kelantan kerana kekurangan ahli untuk melibatkan diri dalam aktiviti dan kehadiran ahli yang kurang memuaskan menyebabkan tidak boleh memperbanyakkan aktiviti. Segala kekurangan semasa mengendalikan program ini diharap dapat dijadikan pengajaran pada masa akan datang dengan lebih jayanya. Wallahua'lam.
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Thursday, December 3, 2009
|
Posted in
ekonomi
Bismillahirrahmanirrahim.. Biro Ekonomi kembali lagi..
Seperti yang dijanjikan, kembali hamba bukan dengan tangan kosong, tetapi dengan barangan baru untuk ditawarkan kepada seluruh ahli KMKJ yang dicintai dan diredhai Allah insyaAllah..
1.BUDU cap Ketereh
- dalam paket kecil bersaiz 5cm*13cm
- boleh dimakan begitu sahaja
- satu paket boleh dihidang utk sekali makan ( nak make rama2 pon buleh,tapi keno jimat la sikit )
- meme sedap sengoti
- yang penting, murah sengoti nih ,satu paket hanya JD 0250
Dari depan
Dari sisi
2. GULA KAPAS dari SYRIA
- susah didapati di Irbid , walau di Jordan sekalipun
- harga yang berpatutan
- saiz yang besar ( puas makan )
- sedap ngoti-ngoti nih
- murah sahaja
- boleh didapati dalam 2 saiz :
a ) large JD6
Dari atas
Dari sisi
b ) medium JD3.5
Dari atas
Dari sisi
P/S : Siapa cepat dia dapat!!STOK AMAT-AMATLAH TERHAD..
BIRO EKONOMI 09/10
-ayuh berKMKJ hingga ke syurga-