Published On:
Friday, November 2, 2012
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
DKE Dana Kijang Emas Kembali!
Dana kijang emas merupakan satu
badan di bawah naungan KMKJ yang ditubuhkan untuk membantu pelajar-pelajar
Kelantan yang memerlukan bantuan
kewangan di Jordan. Kutipan wang dijalankan oleh pihak jawatankuasa dana kijang
emas dari pelajar tajaan, derma-derma khas, kerajaan negeri dan badan atau
individu bebas untuk diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Infak
bulanan ahli KMKJ yang berdaftar sebagai penyumbang tetap dan berkemampuan sebanyak 3 JOD dijalankan. Manakala mana-mana
ahli yang tidak mendaftar sebagai penyumbang tetap boleh menyumbang tanpa
terikat dengan jumlah kutipan bulanan.
Terdapat beberapa makanisme
pengagihan yang berhak dipohon oleh ahli kmkj yang masih menuntut di Jordan.
Antara mekanisme tersebut ialah :
- Dermasiswa
Layak diterima oleh mereka yang mengalami
masalah kewangan dari segi yuran pengajian dan buku-buku akademik.
- Pinjaman boleh ubah
Kadar bayaran balik pinjaman ini bergantung
kepada pendatan keluarga samada mereka perlu membayar 75% atau 25%.
- Pinjaman penuh
Bayaran penuh perlu dibuat kerana keluarga
pemohon berkemampuan.
- Pemberian pinjaman modal
Untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes
atau perniagaan. Mereka mestilah orang yang berkemampuan dan dipercayai oleh
Badan Pengurus dana.
- Bantuan/pinjaman khas kemalangan dan kecemasan
Ditimpa musibah yang memerlukan bantuan
segera samada berlaku musibah di Jordan mahupun di Malaysia.
Semoga
bantuan yang diberikan dapat memangkin
semangat untuk belajar di Jordan seterusnya berjaya menggapai segulung ijazah
untuk tanah air amnya dan untuk negeri Kelantan khususnya. Insyaallah allah
akan mempermudahkan jalan kita sekiranya kita memudahkan jalan orang lain
terutamanya umat Islam sendiri.