Headlines
Published On: Saturday, January 7, 2012
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Laporan Bantuan Dana Kijang Emas Semester Pertama 2011/2012

          Bismillahirrahmanirrahim...
           
             Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya kita masih lagi dapat menikmati dua nikmat terbasar, iaitu nikmat iman dan islam. Jutaan kesyukuran juga dipanjatkan kepadaNya, kerana ‘projek’ Dana Kijang Emas Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan(KMKJ) dapat diteruskan lagi pada sesi kali ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, unit khas dana kijang emas KMKJ baru sahaja ditubuhkan pada sesi lepas dibawah pengendalian mantan YDP KMKJ sesi 2009/2010. Tujuan penubuhan unit ini adalah tidak lain tidak bukan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli KMKJ yang kurang berkemampuan terutamanya dalam urusan pendidikan.


          Bermula 13 November yang lalu, gerak kerja unit Dana Kijang Emas sesi 2011/2012 telah bermula dengan membuka promosi kepada ahli KMKJ yang berkemampuan khususnya para pelajar yang mendapat tajaan untuk memberi sumbangan bagi mengukuhkan lagi sumber kewangan dana. Alhamdulillah, pihak kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan, ramai ahli yang prihatin dan berminat untuk turut sama menjadi penyumbang dana.

          Dan pada 16 Disember baru-baru ini, pihak dana Kijang Emas, telah membuka tawaran bantuan kewangan sebanyak enam permohonan bagi sesi pembelajaran semester kedua tahun 2012.. Setelah seminggu tawaran dibuka, pihak kami menerima 6 permohonan, 2 permohonan daripada mantiqah Irbid dan 4 lagi daripada mantiqah Mu’tah.

          Setelah perbincangan dan penelitian dijalankan terhadap borang permohonan yang diterima, Unit Dana Kijang Emas memutuskan untuk memberi tawaran bantuan kewangan kepada individu – individu berikut :
1) Nur Ashiken Bt Mat Jusoh
2) Syazwani Bt Wahab
3) Nur Aliza Bt Noruddin
4) Norsyahida Bt Mat Jusoh
5) Muhammad Mukrim B. Mustafa Shukri 


          Tahniah diucapkan kepada mereka yang layak, pihak kami mendoakan semoga urusan kalian dipermudahkan. Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada para penyumbang tetap dana, semoga usaha kalian membantu sahabat-sahabat dalam menuntut ilmu dinilai sebagai ibadah oleh Allah s.w.t. Pihak kami mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan daripada ahli KMKJ bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi Dana Kijang Emas KMKJ pada masa akan datang.


Bantuan Kewangan (Dana Kijang Emas) kepada Pelajar tahun 1, Pergigian, Jordan University Of Science and Technology (JUST).
Disampaikan oleh Dr. Abdul Hadi Bin Shamsul Bahrin, Pengerusi Dana Kijang Emas.

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 9:08:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 9:08:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Laporan Bantuan Dana Kijang Emas Semester Pertama 2011/2012 "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive