Published On:
Saturday, April 14, 2012
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
PENTING : PERMOHONAN DANA KIJANG EMAS SEMESTER SOIFI KINI DIBUKA!!
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah,,syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk menghirup udara yang segar di bumi barakah ini.. Ucapan tahniah juga diucapakan kepada 5 orang penerima Bantuan Pendidikan Dana Kijang Emas KMKJ bagi sesi pembelajaran semester kedua tahun 2012.
Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka,, dengan zakat itu, kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa’mu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (At Taubah,103)
Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada para penyumbang tetap dana,,semoga usaha kalian dalam membantu sahabat-sahabat dalam menuntut ilmu dinilai sebagai ibadah oleh Allah s.w.t. Biarpun sedikit, dengan hati yang tenang, dengan hati yang rendah diri, dengan hati yang ingin mendapatkan keredhaan Allah, itulah hati yang kita cari! Biarpun sebiji tamar.
Untuk pengetahuan umum, badan pengurus Dana Kijang Emas KMKJ 2011/2012 telah mengambil langkah inisiatif dengan menubuhkan perwakilan Dana Kijang Emas bagi setiap mantiqah untuk memudahkan dan melicinkan lagi gerak kerja Dana Kijang Emas.Berikut adalah nama perwakilan yang telah dilantik :-
Irbid + Amman
1) Muhammad Fathi B. Mohd Ashari (0776156852)
2) Jasmin Bt. Muhammad (0777599093)
Mafraq
1) Mohamad Al-Amin B. Zakaria (0777159326)
2) Nurul Fadhilah Bt. Mat Ripin (0777159349)
Muktah
1) Nik Mohamad Faiz B. Nik Azlan (0776654328)
2) Nur Aliza Bt. Noruddin (0776118001)
Sehubungan dengan itu, pihak Dana Kijang Emas sesi 2011/12 sekali lagi berbesar hati ingin membuka tawaran permohonan Bantuan Pendidikan Dana Kijang Emas untuk sesi pembelajaran semester musim panas tahun 2012.
Permohonan ini akan dibuka pada 17 April sehingga 30 April 2012. Sebarang permohonan selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Permohonan yang diminta mestilah tidak melebihi daripada JD100.
JENIS-JENIS PERMOHONAN
1-Dermasiswa-penerima tidak perlu membayar balik keseluruhan wang yang diterima.
-mengalami masalah kewangan dari segi:
i) yuran pengajian
ii) buku-buku akademik
iii) tidak mendapat sebarang bantuan pinjaman atau zakat dari mana-mana badan di Malaysia mahupun di Jordan.
iv) prestasi akademik yang memuaskan
ii) buku-buku akademik
iii) tidak mendapat sebarang bantuan pinjaman atau zakat dari mana-mana badan di Malaysia mahupun di Jordan.
iv) prestasi akademik yang memuaskan
2-Pinjaman boleh ubah- penentuan samaada kadar bayaran adalah 75% ataupun 50% berdasarkan status pendapatan keluarga pemohon.
CARA MEMOHON
v
- Borang permohonan bolehlah diambil daripada perwakilan setiap mantiqah yang dilantik bermula pada 17 April 2012.
- Borang permohonan yang siap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada 30 April 2012 kepada perwakilan mantiqah masing-masing.
- Borang permohonan perlulah diisi selengkapnya dengan mengemukakan maklumat yang benar.Sebarang penyelewengan maklumat akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
- Keputusan permohonan anda akan diberitahu kemudian bergantung kepada badan pengurus Dana samaada melalui emel, telefon, perwakilan mantiqah atau cara-cara lain.
BORANG ADALAH TERHAD!!!!!!
Sebarang masalah atau kemusykilan bolehlah menghubungi perwakilan yang telah dilantik di mantiqah anda untuk maklumat lanjut..
TERBITAN
ORGANISASI DANA KIJANG EMAS
2011/2012