Headlines

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah bersempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kelantan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, November 11, 2014 | Posted in , , ,


Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah bersempena Hari Keputeraan 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V
Pada hari Ahad, 11 November 2014 bersamaan 19 Muharram 1436 H

Semoga Allah melindungi Tuanku dunia dan akhirat. 
"ISLAM DIMARTABAT, RAJA DIDAULAT, NEGERI BERKAT" 
Allahuakbar

Ikhlas dari kami warga Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 


SOLIDARITI UM8 : HAK BERSUARA MAHASISWA

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, November 7, 2014 | Posted in , ,

SOLIDARITI KMKJ TERHADAP 8 ORANG MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA

Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan  amat tidak bersetuju dengan tuduhan yang dikenakan ke atas 8 orang mahasiswa Universiti Malaya ekoran daripada  penganjuran Pidato Umum Anwar Ibrahim : “ 40 Tahun : Dari UM ke Penjara “  kerana pertuduhan tersebut telah menunjukkan bahawa pihak universiti menyekat hak kebebasan para mahasiswa .

              Secara ironinya, sebuah institusi pengajian tinggi perlu berfungsi secara bebas sebagai pusat pembentukan idea dan ilmu dalam kalangan mahasiswa tanpa sekatan mana-mana pihak yang berkepentingan.

              Apakah rasionalnya tuduhan tersebut dilemparkan terhadap mereka, sedangkan isu kandungan pidato tersebut lebih berbentuk perkongsian pengalaman beliau sebagai pemimpin mahasiswa suatu ketika dahulu? Apakah salahnya pidato seperti itu diwacanakan dalam kalangan mahasiswa sedangkan mereka hanya ingin mengambil inspirasi daripada Dato’ Anuar Ibrahim sebagai alumni mahasiswa Universiti Malaya suatu masa dahulu?

                Sudah-sudahlah pihak pentadbiran universti daripada melemparkan tuduhan seperti itu terhadap anak bangsa kalian. Tidakkah kalian sedar bahawa mahasiswa itu adalah harta bernilai dan aset kepimpinan negara suatu masa nanti. Bukankah mendidik lebih baik daripada menghukum secara membabi buta.

               Oleh yang demikian, kami Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan  MPMMJ menggesa agar pihak yang bertanggungjawab menarik balik dakwaan terhadap 8 orang mahasiswa  tersebut.

Sekian.


Muhammad Najmi Bin Mohd Afandi
Yang Dipertua
 Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
 KMKJ 14/15


PROGRAM RAMAH MESRA MENGERATKAN UKHUWWAH ANAK KELANTAN

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, November 1, 2014 | Posted in , , , ,

Alhamdulillah, 3 program ramah mesra yang dianjurkan oleh perwakilan mantiqah Irbid, Mafraq dan Mu'tah telah mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak KMKJ. Program Rumah Terbuka Raya Aidiladha telah diadakan di Mafraq pada 18 Oktober 2014 manakala 2 lagi program iaitu 3S gabungan bagi SEMBANG PETANG, SIMPULAN KASIH PIMPINAN DAN SAMBUTAN MUTAZAWWIJ yang bertempat di Mu'tah serta Ramah Mesra Anak Kelantan di Irbid, kedua-duanya telah dilaksanakan pada 30 Oktober yang lalu.

Secara umumnya, objektif utama aktiviti seumpama ini dianjurkan adalah untuk menjadikan program ini sebagai medium untuk ahli baru dan warga KMKJ berkumpul merapatkan ukhuwah di samping menjalin dan memperkasakan hubungan baik pimpinan bersama ahli baru KMKJ.

Besar harapan kami, barisan pimpinan KMKJ 14/15 agar program ini benar-benar mencapai hadafnya, moga-moga ukhuwwah yang terbina menjadi lebih kukuh dan sama-sama kita menjaga kebajikan sesama kita.

' Kebajikey demo kito pakat cagho ' ' Kebajikan Anda Keutamaan Kami '


Rumah Terbuka Aidiladha di Mafraq

Ramah Mesra di Irbid

Program 3S di Mu'tah

 







Tv Kmkj

    Blog Archive