Headlines

Persiapkan Diri Membelah Badai Imtihan – Kempen 3S

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, March 30, 2010 | Posted in



Persiapkan Diri Membelah Badai Imtihan – Kempen 3S


“Macam mana ni, peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…” 


Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisauan mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan diri darinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa jua mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.


Ya, benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari. 


“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3) 



Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.


Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas. 


Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani. 


Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesungguhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya. 

Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibu bapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.





- Kempen 3S, Biro Akademik dan Pembangunan Minda

Kempen 3S- Biro Akedemik dan Pembanguan Minda

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, March 24, 2010 | Posted in


Kempen 3S

Dengan penuh kasih sayang daripada kami warga BAPM…
Set, Study, Score (3S)
Sebelum, semasa, selepas exam.

Biro kami amat berbesar hati ingin membantu ahli KMKJ dalam mempertingkatkan prestasi akademik yang rata-ratanya memerlukan semangat motivasi sebagai sokongan tambahan.
Oleh itu, kami, Biro Akademik dan Pembangunan Minda (BAPM), ingin mengambil inisiatif untuk melancarkan satu kempen yang diberi nama 3S istimewa buat warga KMKJ yang akan bermula sekarang sehingga  5 April 2010.
Kenapa kami bersungguh-sungguh melancarkan kempen ini? Apa istimewanya kempen ini?
·         Bukan bermakna kempen ini adalah usaha jangka masa pendek tapi bertujuan sebagai pencetus semangat n azam utk berusaha di masa hadapan 
·         ini merupakan tempoh percubaan kami utk anda semua untuk  melihat sejauh mana keberkesanan kempen ini sekaligus menguji keprihatianan ahli KMKJ pada akademik
·         kami pertaruhkan tempoh ini untuk kecemerlangan anda semua.

Objektif:
Hanya satu;
*      Untuk melihat dengan jelas kecemerlangan ahli KMKJ di dunia mahupun di akhirat.
Sepanjang tempoh ini, insyaAllah ahli akan disajikan dengan pelbagai info dan ‘santapan’ menarik dari kami yang akan disalurkan tak kira melalui ym,yahoo group dan blog. (biasa-biasakan diri dengan media KMKJ ni)
Kami berusaha memberi yang terbaik supaya natijahnya nanti juga yang terbaik dari ahli.
Nantikan sajian menarik dari kami, kami hanyalah pemudah cara tapi andalah yang menentukan keberkesanannya.

Kami yang menjalankan tugas,
Biro Akademik dan Pembangunan Minda sesi 09/10

DANA KIJANG EMAS KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, March 23, 2010 | Posted in



DANA KIJANG EMAS KMKJ



TEMA

 Kebajikan Terjamin, Beban Terlerai



MATLAMAT

Menjamin kebajikan ahli KMKJ dalam meneroka ilmu di bumi Jordan.



OBJEKTIF

1)      Membantu meringankan masalah kewangan ahli KMKJ dalam urusan menuntut ilmu di universiti.

2)      Meningkatkan kebajikan ahli KMKJ dari segi ekonomi, thaqofah, dan kematangan intelektual melalui penganjuran program-program yang membina.

3)      Melatih dan memberi peluang kepada ahli KMKJ untuk berinfaq dan menderma.

4)      Menerapkan kebersamaan ahli KMKJ.



SASARAN

Ahli KMKJ yang menghadapi masalah kewangan.





SYARAT-SYARAT AM PENERIMA/PEMINJAM DANA

1)      Ahli rasmi KMKJ.

2)      Benar-benar memerlukan bantuan kewangan.

3)      Latar belakang ekonomi keluarga berpendapatan rendah.

4)      Memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Borang Permohonan Dana



MEKANISMA PENGAGIHAN

1)      Dermasiswa

penerima tidak perlu membayar balik keseluruhan wang yang diterima

                Syarat khas:

i. Mengalami masalah kewangan dari segi :

                    - Yuran pengajian

            - Buku-buku akademik



2) Pinjaman boleh ubah

Penentuan sama ada kadar bayaran adalah 75% ataupn 25% adalah berdasarkan status   pendapatan keluarga pemohon.

Syarat khas

        1. Rujuk syarat bantuan pinjaman KMKJ

       

3) Pinjaman penuh

 keluarga pemohon berkemampuan

Syarat khas

        1. Rujuk syarat bantuan pinjaman KMKJ



4) Pemberian pinjaman modal ( bayaran balik penuh)

        Syarat khas

1. Berkemampuan dan mendapat kepercayaan Badan Pengurus dana untuk menjalankan sebarang perusahaan atau perniagaan.



5) Bantuan/pinjaman khas kemalangan dan kecemasan

- Ditimpa musibah yang memerlukan bantuan segera dan difikirkan layak oleh Badan   Pengurus Dana menerima bantuan/pinjaman berdasarkan status latar belakang ekonomi penerima tersebut.









MEKANISMA INFAQ & SEDEKAH

1)      TETAP

Sejumlah minimum JOD 3.00 akan disumbangkan secara berkala setiap bulan secara tetap oleh ahli  yang mendaftar sebagai penyumbang tetap.



2)      FLEKSIBEL

Mana-mana individu menginfaqkan wang mereka kepada dana ini tanpa terikat kepada nilai tertentu dan tempoh tertentu.











Untuk pengetahuan semua, DANA KIJANG EMAS KMKJ ini masih dalam proses pengukuhan dan pengutipan sumbangan daripada ahli yang berkemampuan. InsyaAllah pembukaan permohonan  daripada ahli akan diumumkan dan dihebahkan mengikut kadar kestabilan dana ini.

DANA KIJANG EMAS KMKJ mampu berdiri mengikut sumbangan daripada anda yang berkemampuan. Ayuh kita menghulurkan tangan, meleraikan beban.

Rasulullah saw bersabda,
“Sebaik-baik harta seseorang dan simpanannya adalah sedekah.”



“KEBAJIKAN TERJAMIN, BEBAN TERLERAI”







BADAN PENGURUS KMKJ 09/10

Kenali Pahlawan Islam, siapakah Saifuddin Qutz ?-Episod 1(Unit Bendahari KMKJ 2010)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, March 22, 2010 | Posted in , ,




Saifuddin Qutuz

Kehebatan Tariq Bin Ziyad dalam meluaskan empayar Islam sudah tentu diketahui ramai. Beliau bersama bala tenteranya mendarat di Jabal Tariq dan menjadi perintis kepada pembukaan Andalusia sekaligus memperluaskan lagi Empayar Umayyah ketika itu.

Sultan Salahuddin Al-Ayyubi juga sudah pasti dikenali ramai. Kegigihan baginda menyatukan umat islam utk merampas kembali Jerusalem yang ditawan oleh tentera salib disebabkan perpecahan umat Islam ketika itu. Ketangkasan dan kehebatan beliau menunggang kuda dan bermain yang digeruni pihak lawan serta semangat jihadnya yang tinggi untuk mendapat keredhaan Allah menjadikan beliau bertambah digeruni.

Begitu juga Sultan Muhammad Al-Fateh yang sudah pasti masyhur namanya. Sebaik-baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera dalam ekspedisi mereka menawan Kota Konstantinople yang sukar ditembusi. Meluncur kapal-kapal perang Uthmaniyyah di atas daratan untuk menyerang Kota Konstantinople yang diiktiraf antara strategi peperangan terhebat diabad itu menjadikan namanya masyhur sehingga kini.

Namun, adakah diantara kita mengenali seorang lagi panglima Islam yang juga cukup besar jasanya untuk umat Islam? Siapa lagi kalau bukan Saifuddin Qutuz. Mungkin ada yang sudah mengetahui mengenai beliau dan mungkin ada juga yang tertanya-tanya siapakah Saifuddin Qutuz ini?

Saifuddin Qutuz, seorang lagi panglima Islam yang terbilang. Terkenal dengan kehebatannya beliau memimpin tentera Islam dalam usaha menyekat perluasan kuasa oleh tentera Monggol ketika itu dibawah pimpinan Hulagu Khan. Hulagu Khan, seorang manusia yang bertanggungjawab menjatuhkan Kerajaan Bani Abbasiah di Baghdad sekaligus menjadi punca kepada kemunduran prestasi politik Islam klasik ketika itu.

Sebelum kita pergi lebih jauh, ada eloknya kita mengetahui terlebih dahulu mengenai Kerajaan Monggol.

Kerajaan Monggol
Kerajaan Monggol didirikan oleh Genghis Khan dengan memakai gelaran “Khaqan” yang bermaksud Raja kepada segala Raja. Dia mempunyai tentera yang tetap tidak kurang daripada 600 000 orang. Dia telah menjelajah dan menakluk sebahagian tanah Russia, Polang, Tiongkok dan beberapa Negara Islam yang lain. Beliau mati pada usia 73 tahun dan meninggalkan 4 orang puteranya. Wilayah jajahannya juga dibahagikan sama rata kepada 4 orang puteranya iaitu Juji Khan, Okutai Khan, Toli Khan dan Chagatai Khan.Hulagu Khan pula merupakan anak kepada Toli Khan sekaligus merangkap cucu kepada Genghis Khan.

Kemaraan Monggol ke Negara Islam
Serangan monggol ke atas umat Islam sudah berlaku sebanyak 3 kali bermula zaman Genghis Khan lagi.
1.       Serangan pertama Monggol
Berlaku pada tahun 617H -620H. Pendapat mengatakan serangan ini berlaku disebabkan Genghis Khan yang sememangnya sudah lama berniat ingin menjatuhkan Kerajaan Bani Abbasiah. Namun, jarak yang jauh dari bumi China ke bumi Iraq menjadikan Genghis Khan hanya menumpukan serangannya ke atas bumi Afghanistan dan Uzbekistan. Bumi ini mempunyai sumber asli yang banyak dan amat sesuai untuk dijadikan pengkalan tentera Monggol untuk serangan seterusnya.
Serangan ini berjaya dan tentera Monggol mula bertapak di bumi tersebut dan bumi sekitarnya (Turkimenistan, Kazakhstan, Tajikistan, Pakistan dan sebahagian Iran). Kesemua Negara ini dahulunya dikenali sebagai Daulah Khawarizmiah.

2.       Serangan kedua Monggol
Berlaku pada tahun 628 H. Ketika ini, raja kerajaan Monggol sudah digantikan oleh Okitai memandangkan Genghis Khan yang sudah mati. Serangan pada kali ini ditumpukan disekitar bumi Russia dan Eropah.
Suasana ini bertambah buruk apabila pimpinan Islam pada masa itu dalam keadaan berpecah belah. Manakala sebahagian umat pula sudah menunjukkan sikap pengecut mereka dan tiada yang berani untuk melancarkan jihad.

3.       Serangan ketiga dan kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiah (656 H)
Pada ketika ini, Kerajaan Monggol dipecahkan kepada tiga wilayah utama. Raja Monggol ketika ini bernama Manku Khan. Beliau mentadbir ibu Negara iaitu Qaraquram sambil dibantu oleh adiknya Arif Buqa. Seorang lagi adiknya iaitu Qublai Khan pula mentadbir jajahan Monggol disebelah timur meliputi China, Korea dan bumi sekitarnya. Manakala jajahan Monggol disebelah Iran dan bumi sekitarnya diserahkan kepada adiknya, Hulagu Khan.
Dalam misi untuk menakluk dan menyerang Baghdad. Hulagu Khan yang ditugaskan oleh Manku Khan telah melakukan persiapan yang teliti dan kemas. Tentera Monggol telah dipecahkan kepada 3 kumpulan yang dating dari 3 arah yang berlainan.
·         Pasukan pertama dipimpin oleh Hulagu Khan sendiri dibantu oleh tentera elit Monggol dibawah pimpinan Bato. Ditugaskan mengepung Kota Baghdad dibahagian timur.
·         Pasukan kedua dipimpin oleh Kataghba, pahlawan terbaik milik Hulagu. Ditugaskan mengepung bahagian tenggara Kota Baghdad.
·         Pasukan ketiga dipimpin oleh Bigo. Tentera Monggol yang menjaga sempadan Anadol(sekarang Turki). Ditugaskan untuk mendatangi dari bahagian utara seterusnya mengepung bahagian barat Kota Baghdad.
Akhirnya, peperangan meletus di Kota Baghdad dan akhirnya membawa kepada kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiah. Dianggarkan umat Islam yang terbunuh dalam serangan tersebut adalah 1 800 000 orang. Satu angka yang sungguh menakutkan. Darah megalir di jalanan. Sejumlah 2 juta naskhah buku dibuang dan dicampak ke dalam sungai sehingga akhirnya membawa kemunduran kepada dunia Islam ketika itu.

Kejatuhan Syam

Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiah memudahkan usaha dan impian Hulagu Khan untuk menakluk benua Timur Tengah. Ianya juga menimbulkan rasa takut dalam kalangan raja-raja di Negara Syam sehingga mereka sanggup menghulurkan tangan persahabatan dan menggadaikan maruah agama semata-mata untuk mendapat jaminan kehidupan daripada tentera Monggol.
Raja Mosul, Badrudin Lu’lu’, Kaikawis II dan Qalaj Arsalan iaitu Raja Anadol, Raja Halab dan Al-Nasir Yusof telah mengambil langkah dengan menghulur persahabatan dan sanggup menyerahkan Negara mereka ke tangan tentera Monggol pimpinan Hulagu Khan.
Hanya seorang raja sehaja yang berani melancarkan jihad menetang Monggol iaitu Raja Al-Kamil Muhammad Al-Ayubi, Raja Miyafarqin. Miyafarqin merupakan bandar yang terletak kini di timur Turki menuju ke sebelah barat Turki. Namun kegilaan Hulagu Khan menyebabkan Bandar Miyafarqin dikepung dan akhirnya jatuh. Begitu juga Halab dan Damsyik. Kemuncaknya adalah penjajahan Monggol ke atas bumi Palestin.


Mesir Bumi Ribat (Benteng Islam)

Ketika Monggol memulakan serangannya ke atas umat Islam, Mesir berada dalam krisis yang
amat runcing. Ia berada di bawah pemerintahan kerajaan Mamalik dan melalui satu
pergolakan politik yang amat dahsyat. Kerajaan Mamalik Bahriah (salah satu fasa dalam
kerajaan Mamalik) mentadbir Mesir selama 144 tahun. Dalam tempoh tersebut Mesir
diperintah oleh 29 orang sultan. Satu jumlah yang banyak untuk pemerintahan selama
satu kurun setengah. Daripada 29 orang sultan tersebut, 10 daripadanya mati dibunuh dan
12 daripadanya digulingkan. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kekuatan dan
kekerasan adalah asas perubahan di dalam kerajaan Mamalik.

Setelah fasa Mamalik Bahriah, menyusul pula fasa Mamalik Muizziah. Pemerintah awal
di fasa ini adalah Raja Izzuddin Aibak. Beliau berjaya mengembalikan kestabilan politik
kepada Mesir. Tetapi kestabilan itu hanya bertahan selama tujuh tahun. Keadaan kembali
kucar kacir selepas pembunuhan beliau dan seterusnya pembunuhan isterinya, Syajarah
ad-Dur. Setelah bertukar ganti pemerintah, akhirnya Mesir diperintah oleh Saifuddin Qutuz.
Pembunuhan Raja Izzudin Aibak dan isterinya telah membawa kepada perselisihan di
antara Mamalik Bahriah (penyokong kerajaan lama) dan Mamalik Muizziah (kerajaan
baru yang diperintah oleh Qutuz) dan ianya masih berterusan di zaman Qutuz.
Sebahagian penyokong Mamalik Bahriah mengambil sikap berpindah ke bumi Syam dan
lain-lain. Manakala yang tinggal menetap di Mesir mengambil sikap mengasingkan diri.
Ini menjadikan Mesir lemah dari sudut pertahanan kerana asas kepada pasukan tentera Mesir adalah penyokong Mamalik Bahriah.

Di masa yang sama, serangan Monggol ke atas bumi Syam telah memutuskan Mesir dan
Syam. Tiada perhubungan di antara keduanya. Mesir juga tidak mendapat bantuan dari
Sudan dan negara-negara di utara Afrika. Ini menjadikan Mesir seolah-olah keseorangan
di tengah-tengah krisis yang berlaku di seluruh negara Islam.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Mesir juga pada masa itu ditimpa krisis
ekonomi. Siri-siri perang Salib yang berlaku sebelum itu telah melumpuhkan ekonomi
Mesir. Sebahagian dari lokasi perang salib adalah di bumi Mesir. Tentera Mesir juga
adalah tentera yang banyak terlibat di dalam perang salib yang berlaku di tempat lain.
Salahudin Ayubi menjadikan Mesir sebagai salah satu benteng pertahanannya.
Disamping sebahagian tentera Salib yang masih ada di bumi Islam, masalah ditambah
lagi dengan kedatangan musuh baru Islam iaitu Monggol.




Apakah yang akan berlaku seterusnya ? Nantikan di episod yang akan datang, insha-Allah.......

"Kebajikan Terjamin, Beban Terlerai" - IKLAN DANA

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, March 19, 2010 | Posted in



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

SEDEKAH.
Mungkin kita sudah lali dengan perkataan “sedekah”. Setiap kali program, tabung kebajikan akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain minta diisi. Pernahkah kita merasa situasi dibawah?

·         “kalau aku tak bagi, nanti orang kata aku kedekut. Malu la aku. Bagi jela sedinar. Alah,sedinar je pun”
·         “wah..inila masanya untuk aku bersedekah. Aku bagi 10 dinar, nanti orang nampak aku bagi duit banyak. Baru mereka tahu aku ni baik orangnya”
·         “alamak..ada tabung kebajikan la. Aku pura-pura tak bawa beg duit la. Ingat aku ni badan kebajikan ke? Aku nak guna duit nak beli handphone baru”

Ayuh kita muhasabah. Di manakah kita? Adakah kita berada di situasi pertama? Atau kedua?  Atau ketiga? Na’uzubillah. 




Ya..mungkin hati kita kadang-kadang TERpesong niat. Oleh itu setiap amalan kita, sentiasalah mentajdid niat kerana Allah SWT.  Adakah kita tidak merasa rugi disebabkan niat kita yang terpesong itu menyebabkan amalan kita sia-sia? Hanya menjadi debu berterbangan. Kosong! Bahkan tidak mampu menambahkan neraca timbangan amalan kita di akhirat kelak. Rugi, bahkan sangat rugi. Mahukah kita menjadi orang yang rugi? Tepuk dada, tanyalah iman.

Hakikatnya,keikhlasan tidak dihitung melalui nilai wang disedekah. Biarpun sedikit , dengan hati yang tenang, dengan hati yang rendah diri, dengan hati yang ingin mendapatkan keredhaan Allah, itulah hati yang kita cari! Biarpun sebiji tamar.

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".
( Al-Baqarah : 261 )

Allah telah menjanjikan pahala berlipat kali ganda kepada tangan yang memberi. Jom kita rebut peluang ini! Allah telah mengadakan ‘JUALAN MURAH’ dan ’SALE’

'Jualan murah’ ini sangat menguntungkan kita. Jika dibandingkan dengan jualan murah di pasaraya-pasaraya besar, namun tidak mampu menandingi tawaran hebat yang ditawarkan oleh Allah kepada kita.

“wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”
(As-Saff:10-11)


Tawaran Allah VS tawaran pasaraya
รผ  Allah menawarkan selama-lamanya selagi kita hidup. Namun pasaraya hanya seminggu? Sebulan?
รผ  Allah menawarkan keuntungan kepada kita berlipat kali ganda, tidak mampu dihitung oleh kita. Namun,pasaraya 10%,50% potongan?

Sudah terang lagi bersuluh. Tanpa ragu-ragu, tawaran Allah adalah yang terbaik. Kita mampu berebut-rebut untuk membeli di pasaraya yang memberikan tawaran hebat, jangan pula kita menolak tawaran yang lagi hebat daripada Allah. Ayuh kita berlumba!
Sehubungan dengan itu, Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sesi 09/10 ingin membuka ruang dan jalan kepada ahli KMKJ untuk sama-sama berlumba ke arah kebaikan. Pihak Badan Pengurus pada sesi ini telah menubuhkan DANA KIJANG EMAS KMKJ yang bertemakan ‘Kebajikan Terjamin, Beban Terlerai’.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai DANA KIJANG EMAS KMKJ ini? Silalah berhubung melalui:
SYABAB:
1)      Mohd Shakir Bin Zahari                  [0776462868]
2)      Hazmi Bin Hanipa                             [0779069832]
3)      Muhammad Fadzli Bin Mokhtar [0779669714]
4)      Abdul Hadi Bin Shamsul Bahrin   [0779669739]


AKHAWAT:

1)       Hasnita Binti Abdul Halim              [0779850062]
2)       Nasuha Binti Zuraidi                        [0779849860]
3)       Nur Anis Afiqah Binti Mohamad Hanafi  [0779974187]

To be continued………. :)


Badan Pengurus KMKJ 09/10





KEMPEN 3S

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, March 11, 2010 | Posted in

BIRO AKEDEMIK KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ) DENGAN BANGGANYA MELANCARKAN KEMPEN 3S

NAK TAU GAPO????

ANDA HANYA PERLU:
• RAJIN-RAJIN LAH BUKOK YM
• TENGOK-TENGOK BLOG KMKJ
BUKOK YAHOO GROUP KMKJ

SENANG DAN MUDAH BUKAN??
APA LAGI JOM SAMA-SAMA KITA JAYAKANNYA!!

Majalah Sulung KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, March 7, 2010 | Posted in ,

 

Salamualaikum wbt,

Istimewa untuk semua ahli KMKJ tercinta,
Majalah sulung KMKJ sesi 2009/2010 akan terbit buat julungkalinya, insya-Allah..
maka,

anda sebagai ahli,
ingin menyumbang sesuatu?
cerpen,sajak,komik,artikel atau apa-apa sahaja yang terkumpul dalam benak fikiran anda...

Kami bersedia menerima sumangan anda!

Nantikan kemunculan pertama majalah KMKJ ,insyaAllah......



Hantarkan sumbangan anda kepada:
zul_akhyar@yahoo.com
ayu_missisiput87@yahoo.com


Tv Kmkj

    Blog Archive