Headlines
Published On: Thursday, January 12, 2012
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Selamat Bermusafir dan bercuti!


Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) mengucapkan selamat bermusafir dan bercuti! Animasi dari Prisma Creative Media (PCM) ini turut dihasilkan oleh Biro Multimedia dan Publisiti KMKJ (memegang unit animasi pcm) dan dituju khas juga kepada ahli KMKJ. 
SEMOGA TERHIBUR!

ADAB-ADAB BERMUSAFIR


Para Musafir dinasihatkan untuk IKHLASKAN NIAT KERANA ALLAH, memelihara diri dari pelbagai sikap Mazmumah, bertaubat dari segala perbuatan maksiat, meninggalkan wasiat, memaafkan kesalahan insan lain.
Seterusnya , apabila telah berada di atas kenderaan, pohonlah pada Allah dengan penuh khusyuk dan tawadhu' :-



سبحان الذي سخر لنا هذا و ما كنا له مقرنين . و إنا إلى ربنا لمنقلبون.اللهم إنا نسألك في سفرنا هذا البر و التقوى , و من العمل ما ترضى , اللهم هون علينا سفرنا هذا , واطو عنا بعده , اللهم انت الصاحب في السفر , والخليفة في الأهل , اللهم إني أعوذبك من وعثاء السفر , وكآبة المنظر , و سوء المنقلب في المال و الأهل.

Apabila kita mendaki tempat yang tinggi, kita diajar untuk bertakbir. Jika menuruninya kita bertasbih.

Apabila kita sampai ke suatu tempat , kita diajar untuk berdoa:

أعوذبك بكلمات الله التامات من شر ما خلق .

Rebutlah peluang untuk memperbanyak berdoa sepanjang perjalanan, doakanlah kedua ibu-bapa dan para Muslimin amnya atau apa sahaja. Ini berdasarkan hadith hasan ( melalui Imam Tirmizi dan Ibn Majah ) yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a daripada Nabi Muhammad – berselawatlah ke atasnya –

" ثلاث دعوات مستجابات لا شك فيهن : دعوة المظلوم و دعوة المسافر و دعوة الوالد على ولده "

" 3 ketika doa mustajab yang tidak diragukan lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa bapa terhadap anaknya "

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 9:17:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 9:17:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Selamat Bermusafir dan bercuti! "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive