Published On:
Monday, August 9, 2010
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
Berita baik: permohonan Dana Kijang Emas dibuka kepada ahli KMKJ
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
KMKJ dengan sukacitanya membuka peluang kepada ahli KMKJ untuk memohon dan meminjam kewangan dari DANA KIJANG EMAS untuk sesi pembelajaran semester pertama sesi 10/11.
Permohonan ini bermula dari hari ini 09 Ogos 2010 – 15 Ogos 2010 dan terbuka kepada 3 pemohon terpilih sahaja yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
SYARAT AM PENERIMA/PEMINJAM DANA
Ahli rasmi KMKJ.
Benar-benar memerlukan bantuan kewangan.
Latar belakang ekonomi keluarga berpendapatan rendah.
Memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Borang Permohonan Dana
JENIS-JENIS PERMOHONAN
1) Dermasiswa :penerima tidak perlu membayar balik keseluruhan wang yang diterima
Syarat khas:
i. Mengalami masalah kewangan dari segi :
-Yuran pengajian
- Buku-buku akademik
- tidak mendapat sebarang bantuan pinjaman atau zakat
- prestasi akademik yang memuaskan
2) Pinjaman boleh ubah:Penentuan sama ada kadar bayaran adalah 75% ataupun 25% adalah berdasarkan status pendapatan keluarga pemohon.
Syarat khas
1. Rujuk syarat bantuan pinjaman KMKJ
3) Pinjaman penuh: keluarga pemohon berkemampuan
Syarat khas
1. Rujuk syarat bantuan pinjaman KMKJ
Sebarang permohonan melalui wakil berikut:
SYABAB: MOHD SHAKIR BIN ZAHARI 0776462868
AKHAWAT:HASNITA BINTI ABDUL HALIM 0779850062
“KEBAJIKAN TERJAMIN, BEBAN TERLERAI”