Headlines

PROGRAM MENTOR MENTEE 2011(IRBID)

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, February 18, 2011 | Posted in ,



Assalamu’alaikum WBT. Makluman utk smua Anak Kelantan Sejordan,Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) melalui Biro Akademik & Pembangunan Minda akan mengadakan Program Mentor Mentee.Pogram ini akan bermula dalam masa terdekat dan pelaksanaannya setakat ini akan dimulai dengan mantiqah IRBID.Setiap mentor yang dilantik akan menerima surat pelantikan masing-masing beserta garis pelaksaan program secara umumnya.Dibawah ini senarai mentor beserta mentee masing-masing bagi mantiqah IRBID..

SYABAB
1.      Ahmad Farhan Basyir bin Jamallodin(mentor)
·         Abdul Hadi bin Shamsul Bahrin
·         Mohamad Kumail Ziad bin Mohd Ezani
·         Mohamad Afiq bin Zahari

2.      Aiman Majdi bin Abdullah Akhili(mentor)
·         Muhammad Fadzli bin Mokhtar
·         Abdul Hakim bin  Awang Nila

3.      Amir bin Abdul Razak(mentor)
·         Ahmad Hamdi bin Haris
·         Ahmad Faiq Sa’dan bin Mohd Zaini
·         Mohd Hilmi bin Mohd Rosli

4.      Mohd Firdaus bin Abdul Mubing(mentor)
·         Muhammad Arif Hakimi bin Mohd Noor
·         Nik Muhammad Aizat bin Adrus

5.      Harith bin Mohamad(mentor)
·         Muhd Nasrul Hazmi bin Johari
·         Muhammad Abu Bakar bin Mohd Razali
·         Mohd Alamin bin Mohamed Razali
·         Ahmad Syadi bin Zulkifli



6.      Mohd Sofuan  bin Azahri(mentor)
·         Muhammad Naim bin Deraman
·         Ahmad Harith bin Zabidi Azhar

7.      Nik Muhamad Faiz bin Ahamad Shukri(mentor)
·         Amirun Safwan bin Ahmad Syukri
·         Nik Muhammad Syathbi bin Nik Mud
·         Nik Muhammad Farhan bin Zulkifli

8.      Mohd Yusof bin Mustapha(mentor)
·         Muhammad Nursalam bin Abdullah
·         Nik Abdul Halim bin Seman
·         Khairul Anuar bin Mat Hussain

9.      Muhammad Aiman bin Ahmad Johari(mentor)
·         Muhammad  Hariz Hazwan bin Mohd Zarir
·         Mohamad Zakifikri bin Mohamad Nor

10.  Mohd Shakir bin Zahari(mentor)
·         Muhammad Zulkhairi bin Ab Rahman
·         Muhammad Huzaifah bin Jusoh
·         Ismail Bazly bin Mohd Zarir

11.  Mohd Asrul Faiz bin Mohamad Adnan(mentor)
·         Alif Azizi
·         Abdullah Mu’izz bin Ashari

12.  Afifuddin Abdul Muiz bin Hamid(mentor)
·         Tengku Hasif
·         Wan Muhammad Syafiq bin Wan Yusoff
·         Mohamad Syukri bin Alias





AKHAWAT
1.      Siti Nur Amalina binti Md Noh(mentor)
·         Siti Nur Najibah binti Fauzi
·         Nurhaifa Izzati Akma binti Mohd Noor
·         Ainina binti Baharuddin

2.      Aisyah Mariah binti Sukeri(mentor)
·         Nurul Husna binti Zahran
·         Wan Nur Ainin Sofia binti Wan Mohd Radzuan
·         Nur Syuhada binti Zulkipli

3.      Nik Solihah Mujahidah binti Nik Mohd Noor(mentor)
·         Nur Ayuni binti Mohamad Zuki
·         Maryam Jameelah binti Wan Abdul Aziz
·         Nur Aimuni binti Ismail

4.      Nur Zehan binti Hayat(mentor)
·         Nur Atiqah binti Mahassan
·         Wan Asmat binti Ismail
·         Wan Adila Husna binti Mat Rani

5.      Wan Hanis binti Wan Zakkhry(mentor)
·         Nur Hazirah binti Mahasan
·         Nurul ‘Izzah binti Mohamad Saidy
·         Faizan Radhiah binti Ghazali

6.      Wan Nur Sakinah Binti Wan Shuhaimi(mentor)
·         Nur Aisyah binti Hussein
·         Bushra Saidah binti Muhamad Azani
·         Zuhal Syuwa binti Mohd Yasin

7.      Amal Atia binti Abdul Halim(mentor)
·         Hasnita binti Abdul Halim
·         Nor Fazliana binti Marzuki
·         Nur Habibah binti Ab Doroh


8.      Nor Aishah binti Md Sopian(mentor)
·         Nur Anis Afiqah binti Mohamad Hanafi
·         Waheeda Azila binti Mazlan
·         Wan Maslukma binti Wan Zaharudin

9.      Nurhazwani Binti Mad(mentor)
·         Nur Amalina binti Johari
·         Nur Adnin binti Abdullah
·         Malini binti Hasan

10.  Wan Intisar binti Wan Muhamad(mentor)
·         Asma binti Abu Bakar
·         Farahwahida  binti Ibrahim
·         Nur Farah Aisyah binti Nazim

11.  Nur Munirah binti Mohd Noor(mentor)
·         Shukriah binti Ismail
·         Nur Falahin binti Amiruddin
·         Nurul Razliyana binti Mohd Razani

12.  Nur Athirah binti Sanusi(mentor)
·         Amirah Salihah binti Mohd Shukri
·         Nasuha binti Zuraidi
·         Nur Hazwani binti Wahid

     Segala kerjasama dan keterlibatan para mentor dan mentee bagi menjayakan program ini kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.Semoga kita semua beroleh manfaat hasil keterlibatan dalam program ini.
Sekian,terima kasih.

“Kerana Ukhuwah Itu Indah”

Biro Akademik & Pembangunan Minda KMKJ 10/11

Salam Maulidurrasul 1432 H

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, February 16, 2011 | Posted in ,




Salam sayang dan salam maulidurrasul kepada sahabat- sahabat seislam dan seperjuangan semua. Sempena maulidurrasul ini, marilah sama- sama kita memandang sejenak ke belakang yang mana  pengorbanan rasulullah dalam membangunkan syiar islam di mata dunia. Kalau kita lihat, sampai ke hari ini islam hidup dan megah dek perjuangan rasul bersama sahabat- sahabat baginda di zaman kegemilangan islam dahulu. Jadi untuk meneruskan perjuangan ini pula, ianya terletak di atas bahu kita semua kerana amanah ini telahpun ditinggalkan dan ditanam ke dalam setiap hati manusia yang bergelar muslim. Dengan itu wajib untuk kita menjaga dan berjuang  mengukuhkan tamadun islam yang semakin hari semakin retak ini. Untuk melihat kebangkitan islam semula, sebagaimana pada zaman rasulullah dan zaman selepasnya,kitalah yang perlu bertanggungjawab dalam mengembalikan gah dan maruah islam yang  tercalar di zaman ini.

            Sebelum kita pergi jauh dalam bab maulid rasul ini, di sini saya datangkan sebahagian pendangan- pandangan ulamak dalam menyambut sejarah kelahiran dan sambutan hari maulidurrasul antaranya ;
Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w), Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Maulid Rasul Allah di penghujung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai.

Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid] 

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis: 
Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.

            Di sini hanya beberape pandangan ulamak- ulamak silam yang mu’tabar saya datangkan. Jadi dari segi sambutan itu terpulanglah kepada kita untuk melaksanakannya, yang penting tidak bercanggah dengan kehendak islam dan dapat kembalikan nostalgia sirah dan tauladan yang telah dibawa oleh rasul pemimpin ummah suatu ketika dahulu. Perbanyakkan berselawat kepada rasul junjungan dan beribadah kepada ALLAH, moga- moga kita tergolong dalam golongan yang disyafa’ati oleh Rasulullah sollallahu’alaihiwasallam di hari akhirat kelak.


Disediakan Oleh :



Unik Dakwah Tarbiyah 
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
Sesi 2010/11

Tv Kmkj

    Blog Archive