Headlines
Published On: Wednesday, February 16, 2011
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Salam Maulidurrasul 1432 H




Salam sayang dan salam maulidurrasul kepada sahabat- sahabat seislam dan seperjuangan semua. Sempena maulidurrasul ini, marilah sama- sama kita memandang sejenak ke belakang yang mana  pengorbanan rasulullah dalam membangunkan syiar islam di mata dunia. Kalau kita lihat, sampai ke hari ini islam hidup dan megah dek perjuangan rasul bersama sahabat- sahabat baginda di zaman kegemilangan islam dahulu. Jadi untuk meneruskan perjuangan ini pula, ianya terletak di atas bahu kita semua kerana amanah ini telahpun ditinggalkan dan ditanam ke dalam setiap hati manusia yang bergelar muslim. Dengan itu wajib untuk kita menjaga dan berjuang  mengukuhkan tamadun islam yang semakin hari semakin retak ini. Untuk melihat kebangkitan islam semula, sebagaimana pada zaman rasulullah dan zaman selepasnya,kitalah yang perlu bertanggungjawab dalam mengembalikan gah dan maruah islam yang  tercalar di zaman ini.

            Sebelum kita pergi jauh dalam bab maulid rasul ini, di sini saya datangkan sebahagian pendangan- pandangan ulamak dalam menyambut sejarah kelahiran dan sambutan hari maulidurrasul antaranya ;
Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w), Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Maulid Rasul Allah di penghujung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai.

Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid] 

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis: 
Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.

            Di sini hanya beberape pandangan ulamak- ulamak silam yang mu’tabar saya datangkan. Jadi dari segi sambutan itu terpulanglah kepada kita untuk melaksanakannya, yang penting tidak bercanggah dengan kehendak islam dan dapat kembalikan nostalgia sirah dan tauladan yang telah dibawa oleh rasul pemimpin ummah suatu ketika dahulu. Perbanyakkan berselawat kepada rasul junjungan dan beribadah kepada ALLAH, moga- moga kita tergolong dalam golongan yang disyafa’ati oleh Rasulullah sollallahu’alaihiwasallam di hari akhirat kelak.


Disediakan Oleh :



Unik Dakwah Tarbiyah 
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
Sesi 2010/11

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 2:28:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 2:28:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Salam Maulidurrasul 1432 H "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive