Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Wednesday, September 1, 2010
|
Posted in
Pinjaman
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Assalamualaikum Warahmyallahi Wa Barakatuh
Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli KMKJ yang dihormati sekalian, iklan permohonan pinjaman Yayasan Kelantan Darlnaim (YAKIN) sudah pun dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, kami bagi pihak pengurusan memohon kemaafan atas kelambatan mengiklannya. Maklumat-maklumat berikutnya tertera di bawah:
*Untuk maklumat-maklumat lain, akan dinyatakan kemudian. Sekian
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Wednesday, August 18, 2010
|
Posted in
Dana Kijang Emas
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik harta seseorang dan simpanannya adalah sedekah.”
Untuk pengetahuan semua ahli KMKJ, DANA KIJANG EMAS KMKJ baru sahaja berusia lima bulan, dan dana ini masih lagi dalam proses pengukuhan dan pengutipan sumbangan daripada ahli yang berkemampuan.
Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan telah diterima daripada ahli-ahli KMKJ sepanjang lima bulan beroperasi. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak KMKJ diucapkan kepada yang bermurah hati untuk menyumbang kepada DANA KIJANG EMAS ini. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa baik kalian, insyaAllah.
Seperti yang sedia maklum, borang yang diedarkan sebelum ini adalah sah sehingga tamatnya sesi KMKJ 2009/2010. Justeru, Jawatankuasa DANA KIJANG EMAS KMKJ dengan sukacitanya membuka peluang bagi ahli-ahli KMKJ yang berkemampuan untuk meneruskan sumbangan anda pada dana ini. Peluang juga dibuka kepada mana-mana ahli yang belum menyertai sumbangan, penyertaan anda amatlah dialu-alukan.
Kepada ahli-ahli KMKJ yang berminat, sila hubungi talian berikut untuk pengedaran borang
DANA KIJANG EMAS KMKJ 2010/2011 :
SYABAB :ABDUL HADI BIN SHAMSUL BAHRIN 077 9669739
AKHAWAT : NUR ANIS AFIQAH MOHAMAD HANAPI 077 9974187