Published On:
Friday, November 7, 2014
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
SOLIDARITI UM8 : HAK BERSUARA MAHASISWA
SOLIDARITI KMKJ
TERHADAP 8 ORANG MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA
Kesatuan Mahasiswa Kelantan
Jordan amat tidak bersetuju dengan
tuduhan yang dikenakan ke atas 8 orang mahasiswa Universiti Malaya ekoran
daripada penganjuran Pidato Umum Anwar
Ibrahim : “ 40 Tahun : Dari UM ke Penjara “ kerana pertuduhan tersebut telah menunjukkan
bahawa pihak universiti menyekat hak kebebasan para mahasiswa .
Secara ironinya, sebuah institusi pengajian tinggi perlu berfungsi secara bebas sebagai pusat pembentukan idea dan ilmu dalam kalangan mahasiswa tanpa sekatan mana-mana pihak yang berkepentingan.
Apakah rasionalnya tuduhan tersebut dilemparkan terhadap mereka, sedangkan isu kandungan pidato tersebut lebih berbentuk perkongsian pengalaman beliau sebagai pemimpin mahasiswa suatu ketika dahulu? Apakah salahnya pidato seperti itu diwacanakan dalam kalangan mahasiswa sedangkan mereka hanya ingin mengambil inspirasi daripada Dato’ Anuar Ibrahim sebagai alumni mahasiswa Universiti Malaya suatu masa dahulu?
Sudah-sudahlah pihak pentadbiran universti daripada melemparkan tuduhan seperti itu terhadap anak bangsa kalian. Tidakkah kalian sedar bahawa mahasiswa itu adalah harta bernilai dan aset kepimpinan negara suatu masa nanti. Bukankah mendidik lebih baik daripada menghukum secara membabi buta.
Oleh yang demikian, kami Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan MPMMJ menggesa agar pihak yang bertanggungjawab menarik balik dakwaan terhadap 8 orang mahasiswa tersebut.

Sekian.
Muhammad Najmi Bin Mohd Afandi
Yang Dipertua
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
KMKJ 14/15
Yang Dipertua
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
KMKJ 14/15