Published On:
Thursday, August 28, 2014
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
Kemeriahan Sambutan Aidilfitri KMKJ 2014/1435H disambut bersama ahli & alumni
Alhamdulillah pada Rabu, 27 Ogos 2014 bersamaan 1 Zulkaedah 1435H, telah berlangsung majlis sambutan hari raya Aidilfitri bertempat di New Horizon Garden, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Majlis yang bermula seawal 10.30 pagi telah dihadiri lebih 100 orang ahli serta alumni KMKJ yang rata-rata pulang bercuti sempena musim panas.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Ustaz Dato' Hj. Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Ustaz Muhammad bin Awang serta beberapa orang pegawai kerajaan negeri.
YDP KMKJ 14/15 Saudara Najmi Afendi menyerahkan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato' Ahmad bin Yakob |
Moga-moga majlis ini dapat merapatkan ukhuwwah sesama anak Kelantan di Jordan sejajar dengan tuntutan Islam sebagaimana sabda Nabi SAW : Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., pembantu Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)