Published On:
Monday, February 25, 2013
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
Perutusan YangDi-Pertua KMKJ 2012-2013
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat. Ceritakanlah kisah Bani Israil tanpa ragu-ragu. Barangsiapa berdusta dengan atas namaku maka bersiaplah mendapat tempat di neraka. [ HR Tirmidzi dan Ibnu Umar ]
Ilmu itu sangat luas bukan tertakluk kepada ilmu fekah, tauhid, sirah, tajwid dan lain-lain sahaja malah ilmu hikmah juga membawa erti yang sangat luas. Apa sahaja ilmu yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada orang lain maka itulah ilmu hikmah. Jadi jika anda punyai satu ilmu yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada orang lain maka sebarkanlah akan ilmu itu.
Walau hanya memahami satu ayat, sampaikanlah kepada orang lain. Walau mendapatkan ilmu dari khutbah Jumaat, sampaikanlah pula kepada orang lain. Jika menghadiri pengajian majlis taklim, datangilah sanak saudara lalu ceritakanlah apa yang anda dapatkan dari pengajian tersebut.
Jika kita menyedari, mengetahui, dan menghayati hakikat kerosakan teruk umat sekarang, nescaya kita tidak akan berehat, bermalasan, dan bertangguh dalam menyebarkan dakwah kebaikan. Ayuh da’i kita gencarkan lagi perjuangan yang didasari redha Ilahi
Nasihat diberikan bukan untuk di’LIKE’ beribu-ribu, bukan untuk di ‘SHARE’ beratus-ratus, bukan untuk di’COMMENT’ berpuluh-puluh, sehinggakan kita merasa kecewa jika tidak tercapai semua itu, ikhlas dan berikanlah sahaja nasihat walau mungkin hanya sedikit yang melihat dan mendengar.
Akhir sekali, saya dengan rendah diri ingin menasihatkan diri ini dan adik beradik KMKJ untuk sentiasa ringan tulang dalam berbakti kepada masyarakat khususnya yang bakal pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Ingatlah bahawa ilmu yang sedikit pun harus dikongsi bersama-sama masyarakat agar kita semua sentiasa di bawah lindungan Ilahi. Jangan ragu-ragu dengan kebolehan diri. Mencubalah sesuatu dengan yakin dan ikhlas nescaya dakwah pasti berkesan. Bagi yang pulang ke Malaysia bersedialah untuk berbakti dan yang tidak pulang teruskan perjuangan menuntut ilmu tanpa ada erti putus asa. Semoga Allah sentiasa menerima amalan kita semua. InsyaAllah.
Sekian terima kasih,
BIAR PANDAI SAIN SEK KITO
MUHAMMAD ALIMIN BIN MOHD ABIAH
YANG DIPERTUA
KMKJ 2012/2013