Headlines
Published On: Friday, August 19, 2011
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

RISALAH BAGI HATI –HATI YANG MERINDUKAN RAMADHAN N PENGAMPUNAN ALLAH ~ part 2 ~

Penawar 

Solat juga menjadi penawar dan kerehatan jiwa daripada segala macam bentuk kesusahan dan ujian yang kita lalui dalam kehidupan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan mintalah bantuan dengan sabar dan menunaikan solat. Sesungguhnya ia adalah berat kecuali bagi orang yang khusyuk. (Al-Baqarah: 153)

Justeru, tujuan yang kita cari melalui Solat Tarawih ialah kerehatan dari segi rohaniah dan kesihatan yang menyihatkan tubuh badan. Rasulullah s.a.w. mencari kerehatan melalui solat. Pernah apabila hendak menunaikan solat fardu, Baginda menyebut: `'Arihna ya Bilal.'' (rehatkanlah kami wahai Bilal dengan azanmu yang menandakan solat akan didirikan). Baginda juga menyebut solat itu sebagai Qurratu `Aini (penyejuk mataku). Jika ini prinsip yang diajar oleh Nabi s.a.w., maka amat wajar bagi orang beriman mengikut sunah ini, iaitu menjadikan solat sebagai wadah untuk mendapatkan kerehatan. Hati akan menjadi ringan ketika mengembalikan segala urusan dan kepayahan kita kepada Allah s.w.t. Badan juga menjadi ringan, kerana perut yang dipenuhi makanan akan menjadi ringan setelah dibakar oleh metabolisme badan, hasil sistematik dalam Solat Tarawih.

Apakah sebenarnya yang kita cari di sebalik Solat Tarawih? Soalan ini cukup ringkas, tetapi jawapannya mempunyai implikasi yang amat besar kepada hidup seorang mukmin. Selama kita mengerjakan Solat Tarawih ribuan rakaat seumur hidup kita, adakah kita memahami apa yang kita cari dan soalan yang lebih besar, sudahkah kita peroleh apa yang dicari?

Allah s.w.t. Yang Penyayang menyediakan pahala yang besar kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa pada waktu siang dan solat pada malam- malam bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ganjaran pahala bagi orang yang menunaikan Solat Tarawih itu adalah Syurga. Namun, selain aspek pahala, orang yang beriman sentiasa mengintai untuk mencari Cinta Allah dan redha-Nya melalui puasa dan ibadah Solat Tarawih. Ada kala kita akan merasa penat sekiranya solat yang dikerjakan itu semata-mata berdasarkan hitungan pahala.

Tetapi jika solat itu dilakukan untuk mencari Cinta-Nya dalam bulan yang kudus ini, solat itu semakin dikerjakan semakin khusyuk, kudus, tunduk dan mengecap inti kemanisan iman yang tidak dapat dibahasakan. Allah s.w.t. berkehendak supaya kita berdiri, rukuk dan sujud dalam jalinan berhubungan yang mesra antara hamba dengan al- Khaliq. Namun ia bukannya amalan tanpa jiwa, bahkan ia adalah amalan yang tercetus daripada jiwa yang sentiasa mengingati Allah s.w.t. Cinta akan lahir bersama rasa rendah hati kepada-Nya,.

Seorang hamba tidak memiliki apa-apa. Pemilik (al- Maalik) yang sebenar adalah Dia sebagaimana yang diajar dalam doa Iftitah, Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku adalah demi kerana-Mu Ya Allah, Rabbal Alamin, dan di dalam ayat Hanya kepada-Mu kami mengabdi diri, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.

Jika Tarawih atau solat-solat lain diiringi cinta dan merendahkan hati kepada Allah s.w.t., maka tidak mustahil lambat laun solat itu akan menghasilkan buah yang manis, menghiasi kita dengan budi pekerti yang baik serta beradab kepada Allah s.w.t. dan sesama makhluk.

 Ia juga akan membakar sifat-sifat rendah atau Mazmumah yang menghijab hati antara kita dengan Allah s.w.t. seperti `ujub (takjub dengan kemampuan diri), riak (menunjuk kebaikan), rasa lebih hebat daripada orang lain, sum'ah (mencari nama dan populariti), amat cintakan benda, mengejar pangkat, tamak, bakhil, merasa ringan dan aman dengan azab Allah, takabbur (besar diri), ananiy (tinggi rangsangan keakuan) serta banyak lagi. (Lihat Minhajul Abidin dan Ihya Ulumuddin oleh Imam al- Ghazali untuk huraian terperinci).

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 10:21:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 10:21:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " RISALAH BAGI HATI –HATI YANG MERINDUKAN RAMADHAN N PENGAMPUNAN ALLAH ~ part 2 ~ "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive