PERATURAN UMUM PENAMAAN CALON
1. Berdaftar sebagai ahli KMKJ.
2. Sebarang wakil cadangan penamaan calon tidak akan diterima.
1. Berdaftar sebagai ahli rasmi KMKJ sahaja.
2. Sekurang-kurangnya telah menamatkan satu semester pengajian berwajib (tidak termasuk semester musim panas).
3. Sekurang-kurangnya masih berbaki dua semester pengajian bewajib (semester 1 dan 2 sesi 2011/2012)
4. Calon-calon yang layak bertanding tidak berpeluang menarik diri.
5. Mengikut perlembagaan KMKJ fasal 17;17.3 Penjawatan; Badan Pengurus yang dilantik bagi penjawatan melalui pilihanraya hanya boleh memegang jawatan selama 2 tahun/sesi sahaja.
1. Penamaan calon bermula pada tarikh 29 April 2011 dan dilanjutkan sehingga 6 Mei 2011, jam 12.00 malam.
2. Sebarang penamaan calon hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh pihak SPR sahaja.
3. 3 calon siswa dan siswi yang mendapat pencalonan terbanyak sahaja yang layak untuk bertanding di kerusi YDP & Naib YDP.
4. 7 calon siwa dan siswa yang mendapat pencalonan terbanyak layak untuk bertanding di kerusi Badan Pengurus KMKJ.
5. Sebarang penyerahan borang penamaan calon yang dilakukan selepas masa ditetapkan tidak akan dilayan sama sekali.
6. Borang penamaan calon yang tidak lengkap/tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan diterima oleh SPR.
7. Borang penamaan calon yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan oleh pencadang itu sendiri kepada Ahli Jawatankuasa SPR bagi zon masing-masing.
8. Peraturan penamaan calon yang digubal oleh SPR adalah muktamad.
MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sessi 2010/2011.