Published On:
Saturday, November 13, 2010
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ) KALI KE 15 BESERTA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1431 HIRJAH
UKHUWAH..terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis apabila dihiasi dengan kasih saying kejujuran dan keikhlasan…
UKHUWAH…tidak semua manusia menhargai ukhuwah tersebut…kekadang kerana sebuah ukhuwah airmata sering menitis kerananya…
UKHUWAH…ukhuwah itu terlalu bererti buat kami YA ALLAH… Rahmatilah kami dan redhailah ukhuwah kami.
Sabda Rasullullah S.A.W “umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih saying kepada sesame muslim.
Kerana ukhuwah inilah, tepat pada tanggal 16 Oktober 2010 bersamaan 8 Dzulqaedah 1431 hijrah seluruh pelajar Kelantan Jordan dari seluruh mantiqah di Ardul syam ini telah berkumpul di DEWAN AT-TARBIAH UNIVERSITI YARMOUK ,IRBID bagi merealisasikan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ) KALI KE 15 disamping meraikan MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1431 HIRJAH anjuran KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ).
Sebelum pukul 8.30 pagi bas-bas serta coaster yang ditempah khas untuk para ahli yang datang dari mantiqah selain IRBID telah sampai diperkarangan UNIVERSITI YARMOUK THE HASHEMITE KINGDOM OF JORDAN .Program telah berlangsung setelah selesai pendaftaran para peserta.Dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi majlis diiringi gema wahyu.Acara diteruskan lagi dengan ucapan YDP KMKJ 09/10.Acara kali ini mendapat sambutan yang amat mengalakkan walaupun tidak dihadiri oleh kesemua ahli kesatuan.dihari lebih kurang 80 orang ahli baru persatuan dari pelbagai mantiqah yang baru mendaftar diberi mandat pemerhati diiringi hampir 90 orang ahli lama yang bertindak sebagai ahli mesyuarat yang akan memanaskan lagi suasana seisi dewan.
. jika seseorang datang ke sebuah majlis,hendaklah ia hadir bukan kerana lapar, tetapi atas niat dan motavasi yang baik dan harus melupakan niat-niat duniawi.saat itulah haitnya dapat menerima nasihat-nasihat sehingga ia sedar atas apa yang pernah diperbuatnya dan tertarik untuk melakukan apa yang diketahuinya baik.ia akan bangkit diatas perahu makrifatnya.saat itulah hati mulai sedar atas perbuatan-perbuatan buruk yang pernah dilakukannya , sehingga ia menyesal dan semakin bertambah besar perasaaaan ingin tahunya(IMAM IBNU al-Jauzy)
Mesyurat agung yang telah berlangsung selama 4 jam telah diisi dengan pelbagai pembentangan dan pengesahan minit mesyurat agung kali ke-14 beserta perbahasan laporan aktiviti tahunan dan kewangan KMKJ 09/10 diikuti sesi pengulungan dan pembubaran BADAN PENGURUS sesi 09/10 .akhirnya saat yang ditunggu iaitu perbentangan dan perbahasan usul dan cadangan telah dimulakan.Dewan menjadi gamat seketika akibat pelbagai tembakan cadangan yang diterima dari ahli-ahli KMKJ yang berkaliber.Beberapa perlembagaan telah diubah atas dasar mesyuarat.
Setelah berhempas pulas mengutarakan cadangan-cadangan yang bernas, kami diberi rehat untuk memberi makan kepada rohani dan jasmani.seusai solat zuhur, ada yang berjemaah dan tidak kurang juga ramainya yang tidak berjemaah, kaimi dijamu dengan hidangan istimewa dari catering pelajar kot bermenukan nasi ayam beserta air .
Dibilik makan, kami mengisi kekosongan dengan bertaaruf dengan pelajar baru (bagi pelajar baru, korang bertaaruf dengan pelajar lama) untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar Kelantan. Selesai menjamu selera,kami dijemput masuk kedewan untuk meraikan majlis sambutan hari raya. Majlis hari raya dimulakan dengan sesi taaruf pimpinan baru 10/11. Kami diperkenalkan dengan :
BADAN PENGURUSAN
Yang dipertua : AHMAD AZRAI BIN HJ. ABDULLAH ALAWI
Timbalan yang dipertua i : MOHD NAZRI BIN MAT YASIN
Naib yang dipertua ii : NURUL AZMA BINTI MAT UI
Setiusaha : MUHAMMAD NUR SALAM BIN ABDULLAH
Timbalan setiusaha : FATIMAH ZAHRA BINTI YASIMAN
Bendahari : AHMAD SYAKIR BIN MOHD NASSURUDDIN
Timbalah bendahari : SITI NUR NAJIBAH BINTI FAUZI
PERWAKILAN
Zon Irbid ketua : MOHAMMAD ABU BAKAR BIN MOHD RAZALI
Timbalan : MUSLIHAH BINTI MOHD PADZIL
Zon Mutah ketua : WAN HAKIMI BIN WAN MOHD
Timbalan : NURASEKIN BINTI MAT JUSOH
Zon Mafraq ketua : MUHAMMAD SYUBLI BIN ISMAIL
Timbalan : AMIRAH BINTI IBRAHIM
Zon Amman ketua : WAN ABDUL BAITH IZZUDDIN BIN WAN MUSTAPA
Timbalan : NUR HANANI FADZILAH BINTI ABDUL KHALID
BIRO-BIRO
Zakat & kebajikan (mu’tah)
ketua : HAZMI BIN HANIPA
timbalan : FATIHAH BNTI SALEH
Akedemik & pembangunan minda (IRBID)
Ketua : MOHD HILMI BIN ROSLI
Timbalan : MARYAM JAMEELAH BINTI WAN ABDUL AZIZ
Dakwah & tarbiah (MAFRAQ)
Ketua : MOHD ISMAIL BIN HASSAN
Timbalan : NOR RAIHAN BINTI MUSA
Multimedia & publisiti (MAFRAQ)
Ketua : NIK MOHD SYAMIM IYLIA BIN NIK MOHD YUSOFF
Timbalan : SITI NUR ATHIRAH BINTI HASHIM
Sukan & kebudayaan (MU’TAH)
Ketua : MUHAMMAD DAWUD BIN AB RASHID
Timbalan : NURHAYATI BINTI MOHD YUSOF
Pembangunan ekonomi (IRBID)
ketua : ABDULLAH MU’IZZ BIN ASHA’ARI
timbalan : WAN ASMAT BINTI ISMAIL
majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Jabatan Penuntun Malaysia, HJ. Sulaiman bin Ismail.setelah mendengar mandate serta kata-kata nasihat dari pengarah program merangkap ayahanda disini, kami dipersembahkan dengan slide show dan beberapa persembahan pelajar2 dari 3 mantiqah. Jika dilihat dari sudut ini, ternyata pelajar2 kita hampir kesemuaanya berbakat. Tidak dinafikan lagi, walaupun kami kesibukan di dalam menuntut ilmu sering membelengu kami dan bergelas mahasiswa sepenuh masa , tetapi bakat yang dianugerahkan oleh ALLAH tidak pernah terhakis dek kesibukan yang melanda.
Akhirnya , majlis ditamatkan dengan cabutan bertuah dan bacaan doa sebagai penutupan majlis pada pukul 5.20 petang. Kami dibenarkan bersurai dan masing-masing memulakan aktiviti tersendiri sebelum dijemput oleh pengangkutan untuk pulang ke mantiqah masing-masing.
Walaupun kepenatan menerajui diri kami, tetapi masih ada senyuman yang terukir di bibir kami, kerana didalam sesebuah majlisnya seperti inilah ukhuwah terbina dan kita dapat bertaaruf sesama muslim. Diharapnya kami dapat berkumpul seperti ini lagi dilain masa yang akan datang.
“ niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan ,
Oleh kerananya ketika niatnya benar,
Maka perbuatan itu benar dan jika niatnya buruk,
Maka perbuatan itu buruk”
(IMAM AN-NAWAWI)
“sesungguhnya hati –hati anak ADAM adalah diantara dua jari-jari Ar-Rahman seumpama hati yang satu.ALLAH memalingkannya sebagai mana yang dikehendakiNYA”. Kemudian Baginda bersabda, “ wahai ALLAH yang memalingkan hati-hati, palingkanlah hati-hati kamiuntuk mentaatiMU”.
(RIWAYAT MUSLIM)
“That is so because ALLAH will never change a grace which HE has bestowed on a people intil they change what is in their ownselves.And verily, ALLAH is All-Hearar,All –Knower.”
(surah Al-Anfal:53)