Headlines

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

21 Aug 2022 / undefined Comments

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman YAKIN kini telah dibuka untuk permohonan.Bagi keluarga KMKJ bermula tahun 2 dan keatas yang ingin memohon pinjaman pelajaran, boleh terus ke laman PORTAL PINJAMAN PELAJARAN YAKIN di pautan...

Read More...

Aktiviti
Hebahan

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman......

Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga Tadbir Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2022/2023

[ STRUKTUR KEPIMPINAN ]Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga TadbirKesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2022/2023[......

Pengetahuan AM

Sejarah Penubuhan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)

SEJARAH PENUBUHAN KMKJ Bismillahi Ar-Rahman Ar-RahimAssalamualaikum WBTPada siri kali ini, kami ingin memperkenalkan......

Kalam Pimpinan Ahli Majlis Tertinggi KMKJ Sesi 2016/2017 بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة......

Warung KMKJ

    Mesin Photostat KMKJ

    Promosi Harga termurah di pasaran Jordan.jom Ahli KMKJ pakat-pakat guna mesin photostats kit......

Dana Kijang Emas

Terima Kasih dari Team Dana Kijang Emas

......

Zakat MAIK

Carta Alir Permohonan Zakat MAIK 2015

باسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.. Kepada mahasiswa/i KMKJ yang ingin memohon zakat......

AYUH SAMA-SAMA MENYUMBANG BAGI DANA KEWANGAN KMKJ 14/15

Assalamualaikum w.b.t. Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) adalah persatuan yang menyatukan anak Kelantan......

CARTA ALIR PERMOHONAN ZAKAT MAIK

Bagi memudahkan urusan permohonan zakat MAIK, pihak Biro Zakat & Kebajikan KMKJ 2014/2015 telah melakarkan......

Pinjaman YAKIN

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman......

SENARAI RASMI NAMA YANG LAYAK MENDAPAT PINJAMAN (YAKIN) 2014

BISMILLAH.. DENGAN SECARA RASMINYA PIHAK YAKIN TELAH MENGELUARKAN SENARAI NAMA YANG LAYAK MENDAPAT PINJAMAN......

TV KMKJ

Kalam Pimpinan Ahli Lembaga Tadbir sesi 2016/2017

     KALAM PIMPINAN AHLI LEMBAGA TADBIR KMKJ "Persatuan lubuk pengalaman. Terjunlah......

Dari Pejabat KMKJ

Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka

PINJAMAN YAYASAN KELANTAN DARUL NAIMAssalamualaikum WBTMakluman keluarga KMKJ yang dihormati, permohonan pinjaman......

Kelas Multimedia
SPR KMKJ
Galeri Anak Kelantan
Published On: Saturday, May 15, 2010
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Remaja Dan Keinginan Mereka

"Objektif hidup saya adalah untuk menggembirakan kedua ibubapa saya dan menjadi anak yang saleh"

"Objektif hidup saya adalah untuk menjadi polis yang garang dan menembak penjahat"

"Saya ingin menjadi muslimah yang baik dan semoga Mr X dapat mengahwini saya dan membimbing saya menjadi muslimah yang baik"

"Saya mahukan perhatian dan supaya semua orang menghargai saya."

"Saya ingin berjaya dunia dan akhirat dan menggembirakan kedua ibubapa saya."



Pernah satu ketika saya diminta untuk memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Feedback dari guru mengatakan mereka adalah pelajar dari sekolah yang mencorot juga prestasinya. Kebanyakan pelajarnya nakal dan semangat untuk belajar itu, agak kurang.
Saya memulakan sesi motivasi dengan meminta mereka menulis apa yang mereka mahu didalam hidup mereka didalam sekeping kertas seberapa banyak ayat dalam masa 5 minit.

Catitan seperti diataslah sebahagian daripada tujuan hidup mereka. Saya ingin berkongsi kesimpulan daripada apa yang saya fahami daripada tulisan mereka. Ini penting, kerana inilah jiwa dan apa yang diinginkan oleh remaja kita pada masa ini.


Dahagakan Perhatian Atau Kasih Sayang

Kebanyakan apa yg hati mereka inginkan adalah perhatian terutamanya ibubapa. Mungkin mereka merasakan ibubapa tidak memahami mereka dan tidak memberikan perhatian yang secukupnya. Perkataan PERHATIAN adalah antara perkataan yang banyak saya lihat didalam catatan-catatan mereka.

Pernyataan seperti "menjadi anak berguna" dan "ingin menggembirakan ibubapa" merupakan satu kenyataan atau pernyataan tersembunyi bahawa mereka dahagakan perhatian dan kasih sayang ibubapa. Apa yang mereka mahu didunia ini adalah apa yang ibubapa mahu, bukannya apa yang mereka mahu. Ini akan menyebabkan mereka belajar didalam keadaan tertekan, kerana mereka belajar kerana orang lain seperti ibubapa, guru-guru dan masyarakat.



Kesan Dahaga Kasih Sayang

Remaja yang dahagakan kasih sayang, akan mencarinya diluar daripada rumah. Maka, keluarlah peranan kawan, kenalan dan sebagainya. Masalahnya, kenalan/rakan-rakan adalah sama seperti mereka dan belum matang untuk menjadi pembimbing.

Sebab itulah, kadang-kadang kita lihat, pelajar sekolah mempunyai teman lelaki yang jauh lebih tua dan bekerja. Mereka mampu memberikan duit dan mempermainkan perasaan mereka. Natijahnya, mereka mudah terjebak ke dalam kancah zina.

Tapi kita masih gagal mengesan dan menanganinya. Apa yang kita berikan hanya teguran, marah dan sebagainya. Tapi, sebelum kita memarahi mereka, cuba kita selami apa yang menyebabkan ia berlaku. Keinginan seorang muslim. Tetapi, sebenarnya yg paling mengecewakan, ialah tiada seorangpun keinginannya sepertimana yang digariskan Allah didalam Al-Quran iaitu mendapat keredhaan Allah S.W.T.

"Sesungguhnya aku ciptakan jin dan manusia untuk beribadat kepadaku"

Inilah sebenarnya tujuan dan keinginan kita yang teragung. Yang tak ada batasan duniawi, tetapi melangit terus menjulang ke 'Arasy Allah. Inilah tujuan kenapa kita dihidupkan dan inilah tujuan kenapa kita berada di dunia ini. Kita telah diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi, tetapi kenapa cita-cita kita hanya menjadi seorang doktor, seorang anak yang berjaya dan sebagainya.

Cita-cita ini tidak salah, tapi kita membataskannya hanya setakat perkara-perkara duniawi.

Kenapa itu sahaja yang kita inginkan?

Saya pasti ramai yang ada cita-cita, ramai yang ada keinginan, ramai yang ada perancangan dan mungkin sekarang sedang menuju cita-cita mereka. Saya merayu, gabungkan sedikit keinginan Rasulullah dalam tujuan hidup kita.

Sesiapa yang ingin menjadi guru, janganlah sekadar menjadi guru, tetapi jadilah guru yang tunduk kepada Allah dan menjadi Da'ie yang menyeru anak muridnya kepada Islam. Kalau sesiapa yang ingin mengumpul sejuta ringgit, maka niatkanlah sebahagiannya akan disedekahkan ke jalan Allah.

Sesiapa yang ingin membina empayar perniaagaan, maka niatkanlah agar ia bersih dari unsur haram dan dapat membimbing pekerjanya ke arah Iman. Itulah cita-cita yg sebenar. Umat Islam terdahulu memahami perkara ini dan meletakkan tujuannya hanya untuk Allah dan bukan untuk duniawi. Maka sebab itulah dunia datang kepada mereka. Maka, jadilah mereka generasi yang hebat yang pernah menguasai 1/3 dunia.


MARILAH SAMA-SAMA KITA BETULKAN TUJUAN HIDUP KITA.

"Kalau kamu mengejar dunia, dunia akan hilang apabila datangnya kematian, tapi kejarlah akhirat, nescaya kebahagiaan dunia akan kamu temui dan kebahagiaan akhirat pasti akan menanti"

"Wahai manusia, kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka kamu pasti menemuiNya " mafhum Al-Insyiqaq- 6


LIHATLAH PENCIPTAAN KITA...DAN INGATLAH JANJI KITA KETIKA ROH DITIUPKAN



sumber - http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2508

-BAPM-

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 7:25:00 AM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 7:25:00 AM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

1 cadangan dan kritikan membina for " Remaja Dan Keinginan Mereka "

Post a Comment

Tv Kmkj

  1. Tawaran Pinjaman Pelajaran YAKIN Kini Dibuka
  2. Jualan Nasi Minyak Ayam Masak Merah
  3. Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lembaga Tadbir Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2022/2023
  4. Sejarah Penubuhan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ)
  5. Logo Rasmi KMKJ
  6. Kalam Pimpinan Ahli Lembaga Tadbir sesi 2016/2017