Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Tuesday, March 30, 2010
|
Posted in
Program
Persiapkan Diri Membelah Badai Imtihan – Kempen 3S
“Macam mana ni, peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”
“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”
“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu,...
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Wednesday, March 24, 2010
|
Posted in
Program
Kempen 3S
Dengan penuh kasih sayang daripada kami warga BAPM…Set, Study, Score (3S)Sebelum, semasa, selepas exam.
Biro kami amat berbesar hati ingin membantu ahli KMKJ dalam mempertingkatkan prestasi akademik yang rata-ratanya memerlukan semangat motivasi sebagai sokongan tambahan. Oleh itu, kami,...
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Tuesday, March 23, 2010
|
Posted in
Dana Kijang Emas
DANA KIJANG EMAS KMKJ
TEMA
Kebajikan Terjamin, Beban Terlerai
MATLAMAT
Menjamin kebajikan ahli KMKJ dalam meneroka ilmu di bumi Jordan.
OBJEKTIF
1) Membantu meringankan masalah kewangan ahli KMKJ dalam urusan menuntut ilmu di universiti.
2) Meningkatkan kebajikan...
Saifuddin Qutuz
Kehebatan Tariq Bin Ziyad dalam meluaskan empayar Islam sudah tentu diketahui ramai. Beliau bersama bala tenteranya mendarat di Jabal Tariq dan menjadi perintis kepada pembukaan Andalusia sekaligus memperluaskan lagi Empayar Umayyah ketika itu.
Sultan Salahuddin Al-Ayyubi juga sudah pasti dikenali ramai. Kegigihan...
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Friday, March 19, 2010
|
Posted in
Dana Kijang Emas
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
SEDEKAH.
Mungkin kita sudah lali dengan perkataan “sedekah”. Setiap kali program, tabung kebajikan akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain minta diisi. Pernahkah kita merasa situasi dibawah?
·“kalau aku tak bagi, nanti orang kata aku kedekut. Malu la aku. Bagi jela sedinar. Alah,sedinar je pun”
·“wah..inila masanya untuk aku bersedekah. Aku bagi 10 dinar, nanti orang nampak aku bagi duit banyak. Baru mereka tahu aku ni baik orangnya”
·“alamak..ada tabung kebajikan la. Aku pura-pura tak bawa beg duit la. Ingat aku ni badan kebajikan ke? Aku nak guna duit nak beli handphone baru”
Ayuh kita muhasabah. Di manakah kita? Adakah kita berada di situasi pertama? Atau kedua? Atau ketiga? Na’uzubillah.
Ya..mungkin hati kita kadang-kadang TERpesong niat. Oleh itu setiap amalan kita, sentiasalah mentajdid niat kerana Allah SWT. Adakah kita tidak merasa rugi disebabkan niat kita yang terpesong itu menyebabkan amalan kita sia-sia? Hanya menjadi debu berterbangan. Kosong! Bahkan tidak mampu menambahkan neraca timbangan amalan kita di akhirat kelak. Rugi, bahkan sangat rugi. Mahukah kita menjadi orang yang rugi? Tepuk dada, tanyalah iman.
Hakikatnya,keikhlasan tidak dihitung melalui nilai wang disedekah. Biarpun sedikit , dengan hati yang tenang, dengan hati yang rendah diri, dengan hati yang ingin mendapatkan keredhaan Allah, itulah hati yang kita cari! Biarpun sebiji tamar.
"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya".
( Al-Baqarah : 261 )
Allah telah menjanjikan pahala berlipat kali ganda kepada tangan yang memberi. Jom kita rebut peluang ini! Allah telah mengadakan ‘JUALAN MURAH’ dan ’SALE’!
'Jualan murah’ ini sangat menguntungkan kita. Jika dibandingkan dengan jualan murah di pasaraya-pasaraya besar, namun tidak mampu menandingi tawaran hebat yang ditawarkan oleh Allah kepada kita.
“wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”
(As-Saff:10-11)
Tawaran Allah VS tawaran pasaraya
üAllah menawarkan selama-lamanya selagi kita hidup. Namun pasaraya hanya seminggu? Sebulan?
üAllah menawarkan keuntungan kepada kita berlipat kali ganda, tidak mampu dihitung oleh kita. Namun,pasaraya 10%,50% potongan?
Sudah terang lagi bersuluh. Tanpa ragu-ragu, tawaran Allah adalah yang terbaik. Kita mampu berebut-rebut untuk membeli di pasaraya yang memberikan tawaran hebat, jangan pula kita menolak tawaran yang lagi hebat daripada Allah. Ayuh kita berlumba!
Sehubungan dengan itu, Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) sesi 09/10 ingin membuka ruang dan jalan kepada ahli KMKJ untuk sama-sama berlumba ke arah kebaikan. Pihak Badan Pengurus pada sesi ini telah menubuhkan DANA KIJANG EMAS KMKJ yang bertemakan ‘Kebajikan Terjamin, Beban Terlerai’.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai DANA KIJANG EMAS KMKJ ini? Silalah berhubung melalui:
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Thursday, March 11, 2010
|
Posted in
Program
BIRO AKEDEMIK KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ) DENGAN BANGGANYA MELANCARKAN KEMPEN 3S
NAK TAU GAPO????
ANDA HANYA PERLU:• RAJIN-RAJIN LAH BUKOK YM• TENGOK-TENGOK BLOG KMKJ• BUKOK YAHOO GROUP KMKJ
SENANG DAN MUDAH BUKAN??APA LAGI JOM SAMA-SAMA KITA JAYAKANNYA...
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Sunday, March 7, 2010
|
Posted in
Hebahan
,
Terkini KMKJ
Salamualaikum wbt,
Istimewa untuk semua ahli KMKJ tercinta,Majalah sulung KMKJ sesi 2009/2010 akan terbit buat julungkalinya, insya-Allah..maka,
anda sebagai ahli,ingin menyumbang sesuatu?cerpen,sajak,komik,artikel atau apa-apa sahaja yang terkumpul dalam benak fikiran anda...
Kami bersedia menerima sumangan anda!
Nantikan kemunculan...