Headlines
Published On: Monday, February 22, 2010
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Sekilas Pandang ' Valentine’s Day '





Sekilas Pandang Valentine’s Day

Entri kali ini berkisar Hari Kekasih ataupun dikenali sebagai Valentine's Day. Jadi, memandangkan sudah masuknya bulan Februari semacam menjadi lumrah bagi remaja Islam masa kini setiap kali tibanya 14hb. Februari setiap tahun, mereka akan menyambut perayaan Valentine's Day. Tanpa mengetahui kedudukan sebenar dan fakta sejarah tentang Valentine's Day mereka semacam hanyut bersama arus kejahilan seolah-olah ada sesuatu yang kurang dalam Islam sehingga terpaksa mengimport perayaan dari luar Islam untuk dirayakan.


Firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud:


"Pada hari ini (haji wida') Aku telah sempurnakan agama untuk kamu agama kamu (Islam) dan Aku telah cukupkan ke atas kamu nikmat Aku dan Aku telah redha Islam sebagai al-Din untuk kamu semua Islam." Surah al-Maaidah


Di dalam Islam sudah lengkap perayaan-perayaan terbesar yang perlu disambut kerana ianya adalah satu ibadah seperti perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha sebagai ganti kepada dua perayaan terbesar masyarakat Jahiliyyah ketika Baginda dan para sahabat mula-mula sampai di Yathrib (Kota Madinah). Malah ada perayaan-perayaan lain juga dalam Islam yang disambut oleh para Ulama seperti Hijrah, Maulidul-Rasul, Isra' Mi'raj, Nisfu Syaa'ban, Nuzul Quran dan lain-lain lagi sebagai memperingati sejarah-sejarah tertentu yang menandakan kebesaran Islam.





Namun dalam arus globalisasi kini, dakyah Kristianisasi juga semakin hebat melanda remaja Islam sehingga mereka kehilangan jati diri dan tidak dapat membezakan yang mana satu agama mereka dan yang mana satu dakyah Kristian. Akibat daripada sifat suka mengikut-ngikut (taqlid membabi buta) tanpa diasaskan kepada ilmu pengetahuan maka kehidupan remaja Islam nampaknya tidak lagi beridentitikan Islam. Salah satunya ialah perayaan yang mereka sambut yang bernama Valentine's Day.



Untuk makluman, Valentine adalah seorang paderi semasa pemerintahan seorang Maharaja sekitar tahun 270 AD yang bernama Maharaja Claudius II. Semasa pemerintahannya, Maharaja ini mengharamkan pemuda-pemudanya daripada berkahwin serta mengarahkan mereka menjadi tentera kepada negara. Paderi Valentine menyedari perintah Maharaja itu tidak adil lalu beliau telah bertindak mengahwinkan beberapa pasangan muda-mudi secara rahsia. Tindakan beliau ini akhirnya dapat dihidu oleh Maharaja Claudius dan beliau telah dijatuhkan hukuman bunuh.





Semasa berada dalam penjara, Paderi Valentine telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang selalu merawatnya. Dan Paderi Valentine telah menulis sepucuk surat kepada gadis tersebut sebelum dia dihukum bunuh iaitu "From Your Valentine" yang digunakan sehingga kini dalam bentuk kad-kad bagi merayakan hari Memperingati Kekasih. Justeru itu, sebagai mengenang Paderi St Valentine, maka pada tahun 498 AD Pop Gelasius telah mengisytiharkan 14hb. Februari sebagai Hari Memperingati St Valentine.



Oleh itu umat Islam amat tidak wajar sekali menyambut perayaan ini kerana ianya merupakan satu perayaan yang diasaskan oleh gereja Kristian yang lahir daripada idea seorang Paderi yang bernama Pop Gelasius demi memperingati kematian seorang Paderi lain yang bernama St. Valentine. Tambahan pula, dengan merayakan hari ini juga seolah-olah kita menghalalkan dan mengagungkan suatu perhubungan yang tidak syar'ie yang biasa disebut hari ini sebagai "couple".




Islam sudah sempurna dan sudah cukup dalam Islam beberapa perayaan untuk disambut kerana sambutan-sambutan ini ada kaitan dengan kebesaran Allah, keagungan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga ada kaitan dengan keunggulan Islam itu sendiri sebagai al-Din.

Seandainya Baginda Rasulullah s.a.w. mengizinkan umatnya menyambut perayaan agama lain sudah tentu Baginda tidak menggantikan dua perayaan terbesar Jahiliyyah sewaktu tiba di Kota Madinah dengan dua perayaan lain yang telahpun diperkenan oleh Allah s.w.t. iaitu Aidul Fitri dan Aidul Adha. Mudah-mudahan kehidupan kita semua sentiasa atas landasan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w.




Biro Dakwah dan Tarbiyah KMKJ 09/10

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 2:45:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 2:45:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Sekilas Pandang ' Valentine’s Day ' "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive