Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Friday, September 19, 2014
|
Posted in
Ahli
,
Hebahan
,
Program
,
Terkini KMKJ
,
Zakat
Assalamualaikum w.b.t.
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) adalah persatuan yang menyatukan anak Kelantan seluruh Jordan. Saban tahun pihak KMKJ berusaha untuk menguruskan seberapa mampu aktiviti untuk seluruh anak Kelantan di Jordan dengan tujuan mengeratkan ukhuwah sesama ahli di samping menjaga kebajikan ahli. Bertepatanlah dengan tema KMKJ sesi ini;
' Kebajikey demo kito pakat cagho '
' Kebajikan Anda Keutamaan Kami '
Setiap program yang dilaksanakan menelan belanja yang agak besar bagi melancarkan lagi keseluruhan program yang dilaksanakan. Dengan itu, kami menyediakan ruang seluas-luasnya untuk Dato'/ Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari untuk turut sama menyumbang kepada Dana Kewangan KMKJ.
Sebarang persoalan bolehlah menghubungi Yang Dipertua KMKJ, Saudara Muhammad Najmi bin Mohd Afendi seperti tertera di lampiran poster atau berhubung terus di email KMKJ (kmkj1996@yahoo.com)
Segala perhatian dan kecaknaan saudara dalam menyumbang kepada kami, kami dahului dengan jutaan Terima Kasih. Jazakumullah khairan jaza'. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Sunday, August 31, 2014
|
Posted in
Ahli
,
Hebahan
,
Terkini KMKJ
Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Selaku masyarakat beragama, kita percaya bahawa kemerdekaan merupakan nikmat kurniaan Tuhan yang wajib disyukuri dengan cara yang diredhai dan disenangi Penganugerahnya. Mensyukuri nikmat sebagaimana yang diajar oleh agama ialah menggunakannya dengan cara yang benar, dan tidak menyalahgunakannya.
Dalam konteks nikmat kemerdekaan ia harus disyukuri dengan membina kehidupan yang menepati erti kemerdekaan semurni dan setulennya.
Mudah-mudahan roh para pejuang yang gugur, bahagia dalam peristirehatan apabila pengorbanan dan perjuangan mereka menghasilkan umat merdeka yang benar-benar merdeka.
Dengan semangat syukur nikmat sempena berlalunya setengah abad kemerdekaan, kita bermuhasabah, menilai diri, sudah sejauh mana kehidupan kita sebagai bangsa telah menepati makna merdeka. (Dr Siddiq Fadzil, 2014)
Semangat kemerdekaan tahririy (pembebasan) - taghyiri (perubahan) - tanwiriy (pencerahan) itulah yang tampaknya ditangkap dengan tepat oleh Za'ba ketika merumuskan makna merdeka sebagai perubahan,
“... daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menyuburkan dia; daripada I’tiqad-I’tiqad yang serong dan terpesong kepada I’tiqad yang subur dan merdeka: daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”
Barisan pimpinan Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) mengambil kesempatan merakamkan ucapan "Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57 buat seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama berganding bahu, mengikis sisa baki penjajah yang telah lama menyalut pemikiran dan budaya kita agar erti kemerdekaan benar-benar tersemat. Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta. "