Headlines

KALAM YDP MERAIKAN RAMADAN KAREEM 1435H | 2014

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, June 30, 2014 | Posted in , ,

اهلا وسهلا شهر رمضان المبارك


Bulan Ramadan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam telah tiba. Bulan yang penuh dengan berkat dan akan digandakan pahala bagi sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan ini.

Seperti hadis Rasulullah S.A.W, Nabi saw. bersabda :
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” 
(HR Bukhari)

Ramadan adalah bulan Allah, apabila kita berpuasa, Allah sendiri yang akan memberi ganjaran kepada kita,sebagaimana disebut di dalam hadis Qudsi : dari Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : Allah berfirman, "Semua amal anak Adam untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya."

Jangan kita cemari bulan ini dengan perkara2 yang dilarang oleh Allah S.W.T. Sama-sama kita merebut peluang yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita untuk kita gunakannya dengan sebaik mungkin agar apabila berakhirnya Ramadan, kita suci daripada dosa dan kita kembali kepada fitrah hamba Allah S.W.T. Moga-moga kita benar-benar tergolong dalam golongan yang bertaqwa dan mendapat keampunan daripada AllahS.W.T.

Salam Ramadan daripada kami pimpinan KMKJ 14/15. Sekian.

'' Kebajikan Anda Keutamaan Kami ''
" Kebajikey Demo, Kito Pakat Cagho "


STATUS PERMOHONAN PINJAMAN YAKIN 2014

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, June 26, 2014 | Posted in ,

Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli KMKJ yang dihormati sekalian, permohonan bagi pinjaman Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) sudah pun dikeluarkan. Bagi yang telah menerima pinjaman YAKIN bolehlah memperbaharui pinjaman anda dengan menghantar isbat tolib (pengesahan belajar) dan kashfu alamat fasal semasa kepada pihak YAKIN di alamat Yakin_pelajaran@yahoo.com. Bagi permohonan kali pertama, pemohon diingatkan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan sesegera yang mungkin. Bagi pemohon pertama kali yang mengambil fasal soifi, insya’Allah borang akan tiba di Jordan pada pertengahan bulan 9. 

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada :
NAMA : MOHAMAD KHIRMAN NAIM ZAID
NO. TEL : +962776574694
EMEL : naim_alhafez@yahoo.com

ataupun kepada :
NAMA : NUR ASMA' MADHIAH BT MOHD HUZAIMY
NO. TEL : +60139503748
EMEL : amadhiah@yahoo.com

'' Kebajikan Anda Keutamaan Kami ''
" Kebajikey Demo, Kito Pakat Cagho "


Carta alir mudah bagi permohonan YAKIN beserta dokumen yang diperlukan



Tv Kmkj

    Blog Archive