Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Saturday, May 31, 2014
|
Posted in
Hebahan
,
Terkini KMKJ
Assalamualaikum w.b.t
Baru baru ini Malaysia digemparkan dengan satu kes rogol di Indonesia yang melibatkan seorang mahasiswi Malaysia di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat. Beliau dikatakan keluar ke mesin ATM berdekatan sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali dan menariknya masuk ke dalam kereta.
Apa apa pun, pihak KMKJ berharap agar kes seperti ini dapat dibendung dengan mengambil langkah langkah pencegahan lebih awal. Bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'.
Kepada kaum hawa sekalian, suka untuk diingatkan supaya sentiasa berwaspada sewaktu keluar rumah agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku. Keselamatan kalian adalah tanggungjawab bersama khususnya kepada mahasiswi luar negara.
Posted by
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
|
Friday, May 30, 2014
|
Posted in
Hebahan
,
Terkini KMKJ
Sekalung tahniah dipersembahkan kepada baginda DYMM
Sultan Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Assalamualaikum w.b.t
Setinggi-tinggi tahniah dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah atas pertabalan baginda sebagai Sultan Perak. Sedikit latar belakang pendidikan baginda ;
- Dilahirkan pada 27 November 1956 di Penang, Malaysia
- Merupakan anak sulung kepada Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
- Pemegang Ijazah Sarjana Muda Philosophy, Politics and Economics daripada Universiti Oxford, Masters dalam Pentadbiran Awam dan Ph.D dalam Political Economy and Government di Harvard University
Secara umumnya, Sultan Nazrin Shah merupakan seorang yang 'educated' dan berpandangan jauh. Baginda juga telah menerima banyak anugerah antaranya Second Class of the Royal Family Order of Selangor daripada Honours of Malaysia.