Headlines

100 keping borang permohonan zakat MAIK kepada KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, May 30, 2012 | Posted in ,

Pihak kami ( Biro Zakat dan Kebajikan KMKJ ) telah menerima sebanyak 100 keping borang permohonan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Sebanyak 30 keping borang diagihkan di setiap Mantiqah Irbid,Mu'tah dan Mafraq,kecuali Amman hanya 10 Keping sahaja.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon,pihak kami ada meletakkan beberapa keutamaan atas sebab bilangan borang yang terhad diterima oleh pihak kami:
      -Tidak pulang ke Malaysia pada tahun ini ( Sahabat-sahabat yang pulang ke Malaysia boleh  
       dapatkan borang di Pejabat MAIK sendiri ).
     -Telah memohon sebelum ini,tetapi tidak diluluskan.
     -Tidak memohon lagi.

Borang zakat MAIK tersebut boleh didapati melalui Ketua Biro Zakat dan Kebajikan KMKJ serta Timbalan dan perwakilan mantiqah masing-masing.

Penyerahan borang zakat yang telah siap diisi:
    -Pastikan setiap maklumat yang diminta diisi dengan tepat bagi mengelakkan keciciran 
     maklumat.
    -Dihantar kepada perwakilan di setiap Mantiqah atau kepada pimpinan KMKJ yang tidak 
     pulang ke Malaysia sebelum 8 Jun 2012.

Sebarang pertanyaan:
Halim Yusoff (Irbid)-0776135526 
Nur Ilani Mat Ui (Mu'tah) -0776117996

"Biar panda saem sek kito"

WAN ADBUL HALIM BIN MD YUSOFF
BIRO ZAKAT & KEBAJIKAN 
KMKJ 2012/2013

[Design+Tazkirah] Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, May 29, 2012 | Posted in ,


Panduan Mengerjakan Ibadah Umrah :

1. RUKUN UMRAH (5 Perkara)
  • Niat ihram mengerjakan umrah.
  • Tawaf.
  • Sai'e.
  • Bergunting atau bercukur.
  • Tertib.
2. WAJIB UMRAH (2 PERKARA)
  • Niat ihram di Miqat.
  • Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram.
3. SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH
  • Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu:
    • Islam - tidak wajib atas orang kafir dan murtad.
    • Baligh - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh.
    • Berakal - tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya.
    • Merdeka - Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala.
    • Berkuasa / Kemampuan - Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada
      Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu sampai kepadanya" (Surah Ali Imran ayat 97).
      Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-
      1. Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan
        1. Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
        2. Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya.
        3. Ada kenderaan pergi dan balik.
        4. Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada bahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan.
        5. Sihat tubuh badan.
        6. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan". Riwayat - Daruqutni.
      2. Berkuasa dengan bantuan orang lain.
        1. Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.
        2. Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela. Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata:” Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali". Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi.
4. MEMAKAI IHRAM
  • LELAKI
    Dua helai kain lepas (tidak bercantum) sehelai dipakai untuk menutup auratnya diantara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Disunatkan berwarna putih.

  • WANITA
    Pakaian ihram bagi wanita pula hendaklah menutup semua anggota tubuh selain muka dan dua pergelangan tangan.
5. NIAT MENGERJAKAN UMRAH
  1. Lafaz niat :

  2. Niat di dalam hati:

    Sahaja Aku Mengerjakan Umrah Dan Aku Berihram Dengannya Kerana ALLAH Ta'ala.



Tv Kmkj

    Blog Archive