Headlines

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA KMKJ 2011/2012

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, May 14, 2011 | Posted in , ,

Keputusan Calon YDP KMKJ 2011/2012


Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min (124 undi)
Muhammad Dawud Bin Ab Rashid (43 undi)
Muhammad Syubli Bin Ismail (14 undi)




YDP KMKJ disandang oleh Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min dengan majoriti sebanyak 81 undi.


Keputusan Calon NYDP KMKJ 2011/2012


Nurhidayah Binti Mohd Fadzil (121 undi)
Nur Najwa Binti Ramly (31 undi)
Nurul Azma Binti Mat Ui (29 undi)


NYDP KMKJ disandang oleh Nurhidayah Binti Mohd Fadzil dengan majoriti sebanyak 90 undi.




Keputusan Calon Badan Pengurus KMKJ 2011/2012 ( Siswa)


Muhammad Syubli Bin Ismail (155 undi)
Muhammad Abu Bakar Bin Mohd Razali (100 undi)
Muhammad Ismail Bin Hassa (97 undi)
Fakhrul Hayyi Bin Mohamed (83 undi)
Muhammad Dawud Bin Ab Rashid (73 undi)
Junaid Bin Mohd Yusuf (35 undi)


Tiga calon yang menerima undi tertinggi dikira memenangi kerusi Badan Pengurus KMKJ (Siswa).


Keputusan Calon Badan Pengurus KMKJ 2011/2012 ( Siswi)


Maryam Jameelah Binti Wan Abdul Aziz (106 undi)
Amirah Binti Ibrahim (87 undi)
Syarifah Nurfathiah Binti Syed Mustaph (44  undi)
Nurul Fadhilah Binti Mat Ripin (42  undi)
Nurul Azma Binti Mat Ui (33  undi)
Nur Hanani Fadzilah Binti Abdul Khalid (29  undi)
Hanis Binti Razali (20  undi)


Dua calon yang menerima undi tertinggi dikira memenangi kerusi Badan Pengurus siswi KMKJ (Siswi).


Peratus Keluar Mengundi


Jumlah keseluruhan ahli KMKJ di keempat-empat mantiqoh ialah 291 orang. Jumlah yang keluar mengundi ialah 204 orang.


Peratus keluar mengundi keseluruhan mantiqoh   : 70.1 %


Peratus keluar mengundi mengikut mantiqoh : Irbid (60.53 %)
                                                                              : Mafroq (71.43 %)
                                                                              : Mu'tah (81.58 %)
                                                                              : Amman (100 %)


Jumlah Undi Diterima : 204


Jumlah undi rosak keseluruhan mantiqoh : 24


Jumlah undi rosak mengikut mantiqoh : Mu'tah (7 undi rosak)
                                                                  : Irbid (7 undi rosak)
                                                                  : Mafroq (10 undi rosak)


Sebarang keputusan SPR KMKJ adalah muktamad.





Sekian, terima kasih.
MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan sesi 2010/2011.

JOM KELUAR MENGUNDI

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Thursday, May 12, 2011 | Posted in , ,


 Assalamualaikum wbt..
Tarikh pengundian Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2011/2012 adalah sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, maklumat adalah seperti berikut :
Tarikh         : 13Mei 2011
Hari             : Jumaat
Tempat      : Semua mantiqoh (Irbid, Mafroq, Amman dan Mu'tah)
Masa          : Berdasarkan makluman dari AJK SPR mantiqoh masing-masing. 
Undi anda adalah penentu barisan kepimpinan KMKJ akan datang, jom keluar mengundi !! Sebar-sebarkan kepada ahli KMKJ yang lain.

PERATURAN MENGUNDI
Peraturan dan syarat-syarat :


  • Pengundi hanya dibenarkan kepada ahli rasmi & bersekutu sahaja.
  • Pengundian adalah berdasarkan kepada nama-nama yang dipertandingkan di dalam pilihan raya.
  • Para pengundi dikehendaki membawa bersama kad matrik universiti atau visa atau pasport ketika mendaftarkan diri untuk mengundi.
  • Sila pastikan borang undian yang diterima semasa mendaftarkan diri disahkan dan ditandatangani oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya atau wakilnya.
  • Sekiranya terdapat sebarang masalah atau perkara perkara mustahak yang berkaitan dengan pengundian, maka pengundi hendaklah mendapatkan Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya yang bertugas.
  • Para pengundi mestilah menghadirkan diri pada waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. Para pengundi yang tidak menepati masa yang telah ditetapkan tidak akan diberi peluang untuk mengundi tanpa sebarang rayuan atau alasan.
  • Undi wakil hanya bagi yang mempunyai alasan yang munasabah dan mestilah sertakan bersama dengan surat makluman dan kad matrik atau kad izin menetap atau pasport pewakilnya kepada Pengarah / Timbalan  15 minit sebelum mengundi untuk dipertimbangkan.
  • Seorang pengundi hanya dibenarkan mewakili seorang pengundi yang lain sahaja dan disertakan dengan pengesahan diri bagi yang mewakili.Sebarang pengesahan dan keputusan adalah tertakluk kepada Pengarah dan Timbalan.
  • Keputusan pilihan raya akan diisytiharkan selepas proses pembuangan undi dan tempoh pengiraan undi selesai oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya atau wakilnya.
  • Sekiranya terdapat bantahan mengenai kesahihan keputusan pilihan raya, maka surat bantahan rasmi hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dalam tempoh 12 jam selepas keputusan diumumkan.Keputusan bantahan ini akan diumumkan oleh Suruhanjaya Khas yang dibentuk oleh Lembaga Penasihat dalam tempoh 2 minggu.
  • Sebarang bantahan yang lewat daripada masa yang ditetapkan adalah tidak sah.
  • Pengiraan semula undi hanya akan diulang sekali sahaja berdasarkan kepada sebab yang munasabah mengikut budi bicara Suruhanjaya Pilihan Raya.
  • Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya adalah muktamad.



MOHD SHAHIRIE BIN ISMAIL,
Pengarah,
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan sesi 2010/2011.



    Tv Kmkj

      Blog Archive