Headlines

NAHAS MH17: INGATAN BUAT KITA

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, July 22, 2014 | Posted in ,




إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita kembali

DUNIA sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai nahas udara yang menimpa sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines MH17, di Ukraine berhampiran Rusia.

KMKJ merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga mangsa nahas yang terlibat. Sama-sama kita mendoakan agar Allah sentiasa memberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Penting untuk diingatkan bahawa sensitiviti pihak-pihak tertentu terutamanya keluarga mangsa haruslah dihormati. Kita juga harus mengambil iktibar bahawa kita merancang, Allah yang menentukan, apa sahaja boleh berlaku. Yang penting ialah kita mestilah mengambil kesempatan yang ada untuk sentiasa berbuat baik, menghargai ahli keluarga, sahabat-sahabat serta orang sekeliling kerana sakit dan ajal itu tiada seorang pun tahu bila akan tiba.

Dalam pada itu, usah biarkan kecaknaan kita tertumpu pada satu-satu isu sahaja. Jangan kita lupakan saudara-saudara kita di Palestin, teruskanlah menyalur solidariti kita kepada mereka.

Sesungguhnya setiap yang baik itu datang dari ALLAH, dan yang buruk itu daripada diri kita sendiri. Hakikatnya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Marilah kita sama-sama muhasabah dan tidak putus-putus berdoa agar ALLAH mengurniakan keamanan dan melindungi kita semua dari bala bencana.

Gambar sumber Berita Harian Online






SUARA PIMPINAN : DOA BUAT UMAT ISLAM

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, July 12, 2014 | Posted in , ,

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada yang menjaga lidah

Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa

Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada 
memberi nasihat yang baik

Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar


Di kesempatan bulan yang mulia ini, saya menyeru kepada seluruh anak KMKJ supaya sentiasa menyebut dalam doa kita mudah-mudahan  Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Palestin, Gaza, Syria, Iraq dan lain-lain tempat. Semoga Allah Taala menghancurkan kezaliman Yahudi laknatullah


 Allahumma ameen



'' Kebajikan Anda Keutamaan Kami ''
" Kebajikey Demo, Kito Pakat Cagho "

Tv Kmkj

    Blog Archive