Headlines

Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Jordan Yang Berdaftar

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, July 17, 2012 | Posted in ,

Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Jordan

Mahasiswa Malaysia Di Jordan diletakkan dibawah seliaan Jabatan Penuntut Malaysia Jordan (Education Malaysia Jordan, EMJ), sebuah jabatan di bawah Kedutaan Malaysia Amman. sebarang urusan berkaitan universiti dan pembelajaran di Jordan boleh dirujuk kepada jabatan ini. Untuk memudahkan pengurusan mahasiswa, beberapa persatuan pelajar ditubuhkan sebagai wakil mahasiswa.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ)

MPPMJ merupakan persatuan mahasiswa induk yang berfungsi menyelaras pengurusan Persatuan Zon (PZ) dan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN). MPMMJ menjadi wakil tertinggi mahasiswa di Jordan.

Persatuan Zon (PZ)

Persatuan Zon berfungsi sebagai wakil mahasiswa di setiap mantiqah yang tertentu. PZ memainkan peranan menjaga kebajikan mahasiswa di setiap mantiqah. Selain itu PZ juga bertindak menyusun aktiviti kemasyarakatan, pembinaan insan dan akademik buat mahasiswa.

Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)

Badan Kebajikan anak Negeri berfungsi menjaga kebajikan mahasiswa berdasarkan negeri disamping mengurus pinjaman, dermasiswa atau bantuan umum pembiayaan pelajaran oleh organisasi kerajaan negeri seperti Pusat Zakat dan Majlis Agama Islam.

Komuniti Malaysia di Jordan

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

Mahasiswa Malaysia Di Jordan pada tahun ini (2012) mencecah lebih 2000 orang. Jumlah ini terbahagi kepada 4 Mantiqah (daerah) yang utama iaitu Amman, Mu’tah, Mafraq dan Irbid. Mahasiswa Malaysia di sini menuntut dalam bidang pengajian Islam (Bahasa Arab, Usul fiqh, Usuluddin, Ekonomi dan Perbankan Islam, Pendidikan Islam) dan pengajian sains (Perubatan, Pergigian, Fizik). Tahap pengajian mahasiswa Jordan terdiri daripada Sarjana Muda, Sarjana(Master) dan Doktor Falsafah(PhD).
Berikut merupakan senarai universiti yang mempunyai Mahasiswa Malaysia berdasarkan mantiqah :

Bandar Irbid

  • Jordan University of Science and Technology
  • Universiti Yarmouk

Bandar Mu’tah

  • Universiti Mu’tah

Bandar Mafraq

  • Universiti Al Bayt

Bandar Amman

  • Jordan University
  • World Islamic Science And Education University


Tv Kmkj

    Blog Archive