Headlines

RISALAH BAGI HATI –HATI YANG MERINDUKAN RAMADHAN N PENGAMPUNAN ALLAH ~ part 1 ~

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, August 19, 2011 | Posted in ,

 
SETAHUN sudah berlalu dan kini Ramadan menggamit lagi.sekali lg dunia menyaksikan umat Islam di seluruh dunia akan hidup dalam suasana merayakan kemeriahan ibadah ini. Ketibaannya dinanti-nantikan. Keharuman dan kemanisannya mula dirasai. Hembusan bayu segarnya mula bersemi dalam hati umat Islam yang merindui kehadiran bulan mulia ini. Malamnya tidak lagi gelita. Suasananya bakal dibanjiri cahaya solat, zikir, tasbih, tahmid dan linangan air mata kerinduan daripada jutaan manusia di seluruh dunia. Justeru kehebatan ini, kami ingin mengajak teman-teman n taulan serta seluruh ummat ini mencari makna di sebalik ibadah solat Tarawih, ibadah yang hanya terdapat pada bulan istimewa ini.

Solat Tarawih ialah sunat muakkad yang amat digalakkan. Bagi umat Islam yang mendirikan Tarawih sebulan penuh, bermakna ia telah menunaikan 600 rakaat solat sepanjang malam bulan Ramadan. Pernahkah kita menunaikan solat sebanyak 20 rakaat setiap malam atau 600 rakaat selama 30 malam berturut-turut pada bulan-bulan yang lain? Mereka yang menunaikan Solat Tarawih sejak kecil itu beruntung, kerana jika ia ditunaikan selama 60 tahun, maka ia telah mendapat 36,000 rakaat Solat Tarawih. Kemeriahan budaya daripada Solat Tarawih dan kemanisannya tidak akan dapat dirasai sekiranya seseorang itu meninggalkannya.

Tarawih berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud rehat. Ringkasnya, Solat Tarawih adalah solat yang tujuannya menghasilkan kerehatan. Apakah yang dimaksudkan dengan kerehatan? Bagaimana ia dikaitkan dengan rehat, sedangkan ramai di kalangan kita yang kepenatan ketika mengerjakannya?
Soalan ini akan terjawab jika kita memahami inti ibadah solat itu sendiri. Sebagaimana yang selalu ditegaskan dalam ruangan ini, solat adalah Mikraj atau wadah yang membawa seorang mukmin itu lebih `dekat' kepada Tuhan-Nya. Ia adalah tali yang menghubungkan hamba secara langsung dengan Pencipta. Solat itu istimewa. Sebab itulah perintah solat diterima langsung daripada Allah s.w.t. dalam peristiwa Mikraj, tahun berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj dinamakan sebagai `Aamul Huzni (tahun kesedihan) kerana kematian Abu Talib dan Khadijah yang menjadi penyokong Baginda dari segi material dan moral.

Pertemuan dengan Allah s.w.t. merupakan kerehatan dan kelapangan bagi Nabi setelah melalui kemuncak tribulasi dalam dakwah Baginda. Firman Allah s.w.t. lagi bermaksud: Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami hilangkan bebanmu, yang memberatkan belakangmu, dan Kami tinggikan sebutan buatmu. Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (As-Syarh 94:1-6)

KELEBIHAN MALAM 10 AKHIR RAMADAN

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, August 17, 2011 | Posted in ,




     Di saat – saat akhir hari menunaikan puasa Ramadan kali ini. Kita bakal menghadapi malam 10 terakhir Ramadan yang banyak kelebihannya. Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah:-

1. Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1). Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.

3. Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

4. Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

5. Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

6. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

7. Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).


à Kami dari Unit Dakwah Dan Tarbiah KMKJ menyarankan agar sama-samalah kita menghidupkan malam di separuh akhir Ramadhan ini dengan fizikal bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas agar “Lailatu Qadar” yang kita impikan akan tercapai dan keampuanan dari segala dosa berkesampaian.

*Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan KemajuanIslam Malaysia dan Tazkirah Jumaat.

Tv Kmkj

    Blog Archive