Headlines

LARANGAN MENYERTAI SEBARANG DEMONSTRASI DI JORDAN

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, January 29, 2011 | Posted in , ,

Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua ahli MPPMJ,

LARANGAN MENYERTAI SEBARANG DEMONSTRASI / RAPAT UMUM DI JORDAN

Merujuk perkara di atas, kami barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Malaysia Jordan menyarankan kepada semua ahli MPPMJ agar semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan demonstrasi atau rapat umum yang dianjurkan oleh mana-mana pihak/pertubuhan NGO di Jordan.

Larangan bertujuan untuk memastikan keselamatan semua mahasiswa/wi Malaysia dan juga bagi mengelakan sebarang bentuk tindakan yang tidak diingini diambil oleh pihak berkuasa tempatan kepada sesiapa yang menyertai demonstrasi dan rapat umum tersebut.

KENYATAAN RASMI  KPT  MALAYSIA SITUASI SEMASA DI MESIR

Kementerian Luar Negeri sentiasa  memantau perkembangan terkini situasi di Mesir berikutan rusuhan dan tunjuk perasaan yang berlaku di negara tersebut. Sehingga kini, tiada penuntut dan rakyat Malaysia yang terlibat dan mereka dilaporkan selamat.

Kementerian Luar Negeri juga sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan di Kaherah dan sedang menyusun langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Mesir.

Kedutaan Besar Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan berkaitan di Kaherah juga sentiasa memantau perkembangan terkini di sana dan telah menghubungi dan menasihati semua pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Mesir termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan PETRONAS supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya dan mengelakkan dari berada di tempat-tempat yang berisiko tinggi tercetusnya rusuhan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar



( MOHD AFIQ BIN MOHD SALEH )
Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan,
Sesi 2010/2011.

Sumber Rujukan 

Rehat Minda, Jana Ukhuwwah dan Thaqafah

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Monday, January 17, 2011 | Posted in , , ,


Bahang imtihan yang mencengkam di balik kesejukan yang menggigit makin surut. Pasti kelelahan bersarang setelah dilalui saat yang mendebarkan. Mudah-mudahan Allah memberi kepada kita natijah yang terbaik sesuai dengan usaha dan mujahadah yang ditanam selama ini.

Imtihan.. Peperiksaan.. Juga  ujian..

Ujian sememangnya satu lumrah hidup. Andai peperiksaan semester yang ditempuh sebagai pengukur aras kefahaman kepada nilai input pembelajaran yang dihadapi dalam tempoh se 'fasal', sudah tentu kita juga tidak akan lepas dari ujian-ujian kehidupan. Nilaian atas tempoh kehidupan di atas muka bumi ini..

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ  
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-ankabut :  2 dan 3 )


Semoga segala kesulitan bisa kita tempuhi dengan baik..

Cuti yang mengganti hari-hari kuliah, wajarlah kita manfaatkan sebaiknya. Terpulanglah, mahu merehatkan mata dan minda dengan berjaulah ke serata dunia, atau mencanai rasa di permukiman tetap. Mudahan segala bernilai ibadah. Terutamanya yang berkesempatan untuk berehlah ke tempat yang pasti menggamit seribu satu rasa seperti Turki, Sepanyol, Mesir dan lain-lain. Pastikan anda tidak ke sana dengan membawa fikiran yang kosong. Canailah kisah-kisah sejarah dan ibrah yang mendiami setiap tempat-tempat yang bakal dijelajahi, biar lebih dalam kesan yang bakal dirasai.

قُلْ سِيرُوا فِي الأَرْضِ ثُمَّ انْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu".
( Al-An'am : 11 )

قُلْ سِيرُوا فِي الأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa."
( An-Naml : 69 )

قُلْ سِيرُوا فِي الأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ
Katakanlah: "Adakan perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)".
( Ar-Rum : 42 )

Rugilah andai secebis input baru dan canaian minda pun tidak ada yang terlekat di sanubari.

( Bagi yang bermusafir ke luar Jordan, usah jemu mengisi borang musafir ye dengan persatuan zon masing-masing )
 Beringat-ingatlah kita sebelum terkena..

Jangan sedih bagi yang belum berpeluang ke luar. Intai-intailah bumi Jordan yang penuh cerita ini.. Dari utara Irbid, merentas Amman, singgah sebentar di Mu'tah sebelum berakhir di selatan 'Aqabah tidak sunyi daerah-daerah ini dari tempat yang tinggi nilai sejarahnya. Usah pandang sebelah mata akan bumi Syam yang kita diami ini. Sekurang-kurang kenallah  dengan lebih dalam bumi musafir ini sebelum mengangkat mata melilau ke destinasi lain.

Tidak dilupakan bagi yang berdiam di mantiqah sendiri. Barangkali sudah penat berjalan ke sana-sini. Rancanglah percutian ini sebaiknya. Biar masa yang ada tidak terbuang sia-sia. Uliti kitab-kitab pengajian lepas, atau intai-intai kitab atau buku baru biar kukuh kefahaman yang sudah ada. Bukan hanya mengkhatamkan drama-drama air mata yang mengacau emosi. Maklumlah, pulang nanti kalau tidak sebagai guru atau doktor, kita masih lagi berperanan sebagai para daie. Ilmu dan khidmat kita sangat-sangat diperlukan di tanah air.

PERKASAKAN NILAI UKHUWWAH

Masa yang terluang eloklah juga kita sama-sama manfaatkan untuk merapatkan kembali jurang-jurang ukhuwwah yang mungkin ada sedikit renggang. Walau kita berjauhan , berbeza MANTIQAH di sini, namun di tanah air masing-masing berdekatan. Maklumlah setanah negeri sekebun bunga yang sangat kita banggakan itu. Mungkin ada yang berjiran, masih lagi tidak dikenali padahal sudah membilang hari untuk pulang ke Malaysia.

Justeru, mewakili tuan rumah festival, sukacitanya kami mengalu-ngalukan kedatangan adik beradik Kelantan se-Jordan untuk sama-sama turun ke medan Mu'tah hujung minggu ini ( 13-15 Januari ), di samping meredakan ketegangan yang telah dilalui setelah penat berhempas pulas di medan imtihan.

Tak rugi meluangkan masa dua hari bersama, moga-moga ikatan ukhuwwah yang sedia ada boleh diperkukuhkan di samping bertukar-tukar pandangan dan fikiran sesama kita.

Harapannya moga ada nilai dan cerita tersendiri yang kita boleh sama-sama kutip dari FESMAK yang telah melabuhkan tirainya. Terima kasih kepada warga KMKJ yang sudi datang ke bumi sejuk Mu'tah untuk bersilaurrahim dan mungukuhkan ikatan ukhuwwah yang terjalin.
 
Salam ukhuwwah dan cuti-cuti Jordan.


Nurul Azma Binti Mat Ui
Naib Yang Di-Pertua
Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan
2010/11

Tv Kmkj

    Blog Archive