Headlines
Published On: Saturday, January 23, 2016
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Kemalangan Pelajar Malaysia Di Jordan




Assalamualaikum

[ Update MAKLUMAN KEMALANGAN DI MAFRAQ ] 23 Januari 2016

Dukacita dimaklumkan bahawa telah berlaku kemalangan jalanraya pagi tadi yang melibatkan sebuah kereta yang dinaiki oleh pelajar Malaysia dengan warga jordan dalam perjalanan ke mafraq untuk program jaulah.

Kemalangan melibatkan 5 orang pelajar dari Universiti Mu'tah. Tiga meninggal dunia manakala dua pelajar terselamat. Mangsa yang terselamat masih lagi dirawat di Hospital Mafraq.

Firman Allah Taala :
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Semoga seluruh keluarganya diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.Keluarga KMKJ mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

__________________________

Berhubung kemalangan yang berlaku pagi tadi, setelah mengesahkan dengan pihak Hospital Mafraq ( Mafraq Government Hospital), dukacita kami ingin maklumkan tiga daripada mangsa yang terlibat telah meninggal dunia.

Tiga teman kita yang meninggal dunia adalah:
1. Fatin Iqmal Idziyani binti Che Aziz (Kuala Lumpur)
2. Hana' binti Azhar (Kelantan)
3. Al Najiatun Nailah binti Mohd Safie (Kelantan)

Dua lagi selamat tetapi Izzam Hasif cedera di kaki dan patah tangan manakala Fatin Noor Syahirah cedera di muka dan rahang.

Izzam Hasif (Negeri Sembilan) dan Fatin Noor Syahirah (Kelantan) akan dipindahkan ke hospital di Amman.

Pihak kedutaan dan EMJ masih berbincang dengan waris mangsa sama ada jenazah ingin dibawa pulang atau tidak.

Kenyataan rasmi daripada Kedutaan dan EMJ akan dikeluarkan sebaik semua waris mangsa dimaklumkan.

Sama-sama kita doakan.


اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعفوا عنهم

AL-FATIHAH

:: Ukhwah Kito Jago,Kebajikey Kito Cakno ::

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 5:44:00 PM . Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 5:44:00 PM . Filed under , , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

1 cadangan dan kritikan membina for " Kemalangan Pelajar Malaysia Di Jordan "

  1. Haiii.. Sobat q semua yg lg demen main judi togel, nih ada solusi yg tepat and akurat..
    Krna sy udah buktikan, kalau sobat mau tau info lebih lanjut Call aja Mbah Suro atau Eyang Suro di nmr 082354640471 di jamin deh brankas bandot pasti jebooll... Thanks sobaattt

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive