Headlines
Published On: Wednesday, June 4, 2014
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Perginya Permata Ilmu

Assalamualaikum w.b.t



 "Allah hilangkan ilmu di dunia ini dengan kematian para ulama' "

Tanggal 1 Jun 2014, jam 12.30 waktu Zuhur di Jeddah, Arab Saudi, telah kembali ke pangkuan Tuhan 'Azza wa Jalla seorang ulama besar yang kitabnya banyak dibaca oleh para aktivis Islam. Salah satunya adalah kitab Manhaj Haraki.

Beliau ialah Sheikh Dr. Munir Ghadban, sebelumnya merupakan Muraqib 'Am Ikhwanul Muslimin di Syria. Beliau dilahirkan di Damsyik, Syria tahun 1942 M dan berjaya menamatkan pengajian sarjananya di Fakulti Syariah di Universiti Damsyik tahun 1967 M, kemudiannya menyambung Diploma Tarbiah di universiti yang sama pada tahun 1968 M.

Tokoh ini kemudiannya mendapatkan Master dalam bidang Bahasa Arab di Maahad al-Buhuts wa ad-Dirasat al-Islamiyyah di Kaherah pada tahun 1972 M, dan berjaya mendapatkan gelaran Doktor dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti al-Quran al-Karim di Sudan tahun 1997 M, beliau turut mendapat hadiah daripada Raja Brunei dalam bidang Sirah Nabawiyah tahun 2000 M.

Dukacitanya Sheikh Dr. Munir Muhammad al-Ghadban meninggal dunia pada 3 Sya'ban 1435 H bersamaan 1 Jun 2014 di Mekah al-Mukarramah. Al-Marhum merupakan pengarang kitab Manhaj Haraki lis-Sirah al-Nabawiyah dan juga kitab-kitab tahalluf siyasi. Beliau turut dikenali sebagai antara ulama besar gerakan Islam.

Semoga Allah merahmati roh al-Marhum dan menempatkan beliau bersama-sama orang-orang yang soleh dan diredhai-Nya, ameen.


Al-Fatihah

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:30:00 PM . Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 8:30:00 PM . Filed under , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Perginya Permata Ilmu "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive