Headlines
Published On: Wednesday, May 28, 2014
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Merafak Sembah Sekalung Ucapan Takziah

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
AL FATIHAH
Merafak sembah sekalung ucapan Takziah buat DYMM Sultan Perak Tuanku Sultan Azlan Shah atas kemangkatan baginda pada hari ini. Baginda Sultan antara bekas Yang Dipertuan Agong yang paling terpelajar dan berwibawa. 

Antara kerjaya baginda sebelum ditabal sebagai Sultan Perak ialah,

-Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

-Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.

-Menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa

-Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu

-Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.

-1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.

-1973 Hakim Mahkamah Persekutuan

-1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.

-12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.

Baginda juga pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 hingga 25 April 1994.

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 4:02:00 PM . Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 4:02:00 PM . Filed under . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Merafak Sembah Sekalung Ucapan Takziah "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive