Headlines
Published On: Wednesday, February 13, 2013
Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan

Family Day Datang Kembali (MaSUM 2013)

 
[PROGRAM] FAMILY DAY KMKJ  
  
MERIAHKAN SEHARI UKHUWWAH MAHASISWA KELANTAN 2013(MaSUM’13 )

TARIKH : 21,22 & 23 Februari 2013(Khamis, Jumaat, Sabtu)  

LOKASI : Laut Merah, Aqabah Jordan.

TEMA : “UKHUWWAH DIBINA, KEJAYAAN DIJANA"

ANJURAN : BIRO SUKAN DAN KEBUDAYAAN, KESATUAN MAHASISWA KELANTAN JORDAN (KMKJ)


     Firman Allah S.W.T., “Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah (eratkanlah) persaudaraan antara  kamu”.

Bertepatan intisari ayat di atas, Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) melalui Biro Kebudayaan dan Sukan KMKJ 2012/2013 telah merancang untuk mengadakan sebuah program yang bernama ‘MERIAHKAN SEHARI UKHUWWAH MAHASISWA KELANTAN ’13 (MaSUM ’13) sebagai satu wadah untuk menggarap ukhwah dan memburu redha Allah sesama ahli KMKJ. 

          Program ini yang akan menjadi salah satu daripada program tahunan KMKJ yang berkonsepkan hari keluarga dan dilihat sebagai salah satu medan terbaik bagi memupuk ukhuwah dalam kalangan mahasiswa Kelantan yang menuntut di seluruh pelusuk Jordan. Program ini juga dilihat sebagai wasilah terbaik bagi mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan, yang mana menjadi asas untuk semua yang bergelar mahasiswa tidak mengira bidang pengajian dan usia.

Untuk program yang pertama kali dianjurkan ini, pihak pelaksana telah menyusun pelbagai acara dan aktiviti menarik untuk mencapai objektif ukhuwwah yang ditetapkan. Di samping aktiviti dan program yang berbentuk permainan dan fizikal, slot-slot khas dan pengisian berbentuk spiritual dan kerohanian akan turut sama dimuatkan ke dalam program ini melalui kerjasama dengan Biro Pembangunan Minda & Rohani KMKJ.


Tarikh Tutup Pendaftaran 17 Februari 2013

About the Author

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 11:35:00 AM . Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 . Feel free to leave a response

By Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan on 11:35:00 AM . Filed under , , . Follow any responses to the RSS 2.0 . Leave a response

0 cadangan dan kritikan membina for " Family Day Datang Kembali (MaSUM 2013) "

Post a Comment

Tv Kmkj

    Blog Archive