Headlines

100 keping borang permohonan zakat MAIK kepada KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Wednesday, May 30, 2012 | Posted in ,

Pihak kami ( Biro Zakat dan Kebajikan KMKJ ) telah menerima sebanyak 100 keping borang permohonan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Sebanyak 30 keping borang diagihkan di setiap Mantiqah Irbid,Mu'tah dan Mafraq,kecuali Amman hanya 10 Keping sahaja.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon,pihak kami ada meletakkan beberapa keutamaan atas sebab bilangan borang yang terhad diterima oleh pihak kami:
      -Tidak pulang ke Malaysia pada tahun ini ( Sahabat-sahabat yang pulang ke Malaysia boleh  
       dapatkan borang di Pejabat MAIK sendiri ).
     -Telah memohon sebelum ini,tetapi tidak diluluskan.
     -Tidak memohon lagi.

Borang zakat MAIK tersebut boleh didapati melalui Ketua Biro Zakat dan Kebajikan KMKJ serta Timbalan dan perwakilan mantiqah masing-masing.

Penyerahan borang zakat yang telah siap diisi:
    -Pastikan setiap maklumat yang diminta diisi dengan tepat bagi mengelakkan keciciran 
     maklumat.
    -Dihantar kepada perwakilan di setiap Mantiqah atau kepada pimpinan KMKJ yang tidak 
     pulang ke Malaysia sebelum 8 Jun 2012.

Sebarang pertanyaan:
Halim Yusoff (Irbid)-0776135526 
Nur Ilani Mat Ui (Mu'tah) -0776117996

"Biar panda saem sek kito"

WAN ADBUL HALIM BIN MD YUSOFF
BIRO ZAKAT & KEBAJIKAN 
KMKJ 2012/2013

[Design+Tazkirah] Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Tuesday, May 29, 2012 | Posted in ,


Panduan Mengerjakan Ibadah Umrah :

1. RUKUN UMRAH (5 Perkara)
  • Niat ihram mengerjakan umrah.
  • Tawaf.
  • Sai'e.
  • Bergunting atau bercukur.
  • Tertib.
2. WAJIB UMRAH (2 PERKARA)
  • Niat ihram di Miqat.
  • Meninggalkan perkara-perkara larangan semasa dalam ihram.
3. SYARAT WAJIB HAJI DAN UMRAH
  • Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu:
    • Islam - tidak wajib atas orang kafir dan murtad.
    • Baligh - tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh.
    • Berakal - tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya.
    • Merdeka - Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala.
    • Berkuasa / Kemampuan - Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada
      Firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu sampai kepadanya" (Surah Ali Imran ayat 97).
      Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-
      1. Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan
        1. Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.
        2. Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya.
        3. Ada kenderaan pergi dan balik.
        4. Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada bahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan.
        5. Sihat tubuh badan.
        6. Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan". Riwayat - Daruqutni.
      2. Berkuasa dengan bantuan orang lain.
        1. Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.
        2. Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela. Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata:” Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali". Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi.
4. MEMAKAI IHRAM
  • LELAKI
    Dua helai kain lepas (tidak bercantum) sehelai dipakai untuk menutup auratnya diantara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Disunatkan berwarna putih.

  • WANITA
    Pakaian ihram bagi wanita pula hendaklah menutup semua anggota tubuh selain muka dan dua pergelangan tangan.
5. NIAT MENGERJAKAN UMRAH
  1. Lafaz niat :

  2. Niat di dalam hati:

    Sahaja Aku Mengerjakan Umrah Dan Aku Berihram Dengannya Kerana ALLAH Ta'ala.



[Design+Tazkirah] Selamat Bercuti dan Selamat Bermusafir

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Sunday, May 27, 2012 | Posted in ,



Alhamdulillah, akhirnya kita tiba di penghujung fasal thani 2011/2012, sebahagian daripada kita telah pun selesai berjuang mengharungi imtihan nihaei bagi fasal ini. Kami dari pihak Pimpinan KMKJ 2012/2013, mendoakan mudah-mudahan Allah memberikan kejayaan kepada kita semua, setimpal dengan usaha yang telah kita lakukan. Kejayaan hakiki hanya akan datang bagi mereka yang ikhlas dan bertawakkal kepada Allah. Selesai berimtihan, cuti pula menjengah tiba. Cuti merupakan nikmat daripada Allah, yang perlu kita syukuri. Mungkin ada di antara kita ternanti-nanti sejak dari awal lagi. Mereka yang ternanti-nanti, mungkin punya pelbagai perancangan ingin bermusafir dan yang tidak punya perancangan, sibuk mencari info tempat-tempat yang menarik yang ingin di lawati. Namun, ada yang ingin sekadar bercuti di rumah, sambil membuat persiapan awal untuk fasal soifi akan datang.

Apa pun perancangan kita, perlu di ingatkan, cuti merupakan suatu nikmat masa yang Allah berikan. Sebelum ini, kita sibuk dengan buku-buku, dengan bahas-bahas, dengan kelas-kelas, sehinggakan masa kita menjadi begitu sempit dan terhad. Hari ini, masa kita menjadi teramat-amat lapang. Sebagaimana kita mengakui dan menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai teladan dalam setiap gerak-geri kita seharian, maka semestinya kita mengingati pesanan baginda kepada kita agar merebut 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Salah satunya “lapang sebelum sempit”.
Daripada Ibnu Abbas : Rasulullah s.a.w bersabda : “Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara, masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.” - riwayat Al-Hakim - Hadis ini adalah soheh menurut syarat Sheikhain.

            Berdasarkan pesanan Baginda s.a.w, ambillah peluang masa yang kita ada sepanjang tempoh cuti ini, dengan mengisinya dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Bagi mereka yang ingin bermusafir, samada di luar atau dalam negara Jordan, ambillah pengajaran daripada perjalanan ke tempat-tempat yang di lawati khususnya tempat-tempat yang mempunyai sejarah yang tersendiri. Sebagaimana firman Allah :

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu sunnah-sunnah Allah(hukuman-hukuman Allah yang berupa malapetaka, bencana yang ditimpakan kepada orang-orang yang mendustakan Rasul); oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).”
-  Al-Imran : 137

                Bagi yang bercuti di rumah ataupun pulang ke Malaysia, ambillah peluang ini untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dengan sahabat-sahabat serta sanak-saudara. Ziarahilah mereka, rapatkan lagi hubungan persaudaraan Islamiah yang sedia ada. Tidak lupa juga, sekiranya mempunya masa kelapangan, penuhi lah dengan membaca, mencari dan menambah pengetahuan dan ilmu luar dari sukatan pembelajaran di jamiah. Semoga kita semua menjadi hambaNya yang bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Kami dari pihak Pimpinan KMKJ 2012/2013, mengucapkan selamat bercuti dan selamat bermusafir buat seluruh ahli KMKJ di Jordan.

“Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam urusan (menciptakan, menghidupkan, mematikan memelihara, memberi rezeki, memberi nikmat dan lain-lain). Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu ingin dustakan?”  Ar – Rahman : 29-30

Borang Bancian Ahli KMKJ yang pulang Malaysia 2012

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, May 25, 2012 | Posted in ,


Borang Bancian Ahli KMKJ yang pulang Malaysia

Adik beradik mitok isi belako, mmudah urusan.






[Program] Tayangan LCD Perlawanan Final Piala FA 2012

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, May 19, 2012 | Posted in , ,

Dalam keghairahan anak-anak Kelantan di Bumi Malaysia melakukan persiapan Final Piala FA, anak-anak Kelantan yang berada di Luar negara juga turut merasai kehangatan bahang final Piala FA ini, khususnya di Jordan. Pelbagai program bersama disusun oleh mereka bagi melepaskan kerinduan menyaksikan kehebatan pasukan kesayangan mereka walaupun berada nun jauh disana tetapi TRW dekat dihati. Berikut antara perancangan yang dilakukan oleh penyokong Anak Kelantan TRW di Bumi Jordan.GOMO KELATE GOMO.PUOK KITO HEBAT SENGOTI.


" sek kito biar panda saing "

[Irbid] Family Day KMKJ

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Saturday, May 5, 2012 | Posted in ,

[ Ehsan Photo by Hilmi Gallery ] [ Irbid,Jumaat, 4,5 Mei 2012, AGM KMKJ Kali Ke 17 ] **Klik image untuk Lihat Jelas !



[Irbid Just] Annual General Meeting KMKJ Kali Ke 17

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | Friday, May 4, 2012 | Posted in ,

[ Ehsan Photo by Hilmi Gallery ] [ Irbid,Jumaat, 4,5 Mei 2012, AGM KMKJ Kali Ke 17 ] **Klik image untuk Lihat Jelas !

[Irbid] Bicara Sek Kito Bau Budu

Posted by Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan | | Posted in ,

[ Ehsan Photo by Hilmi Gallery ] [ Irbid,Jumaat, 4 Mei 2012, AGM KMKJ Kali Ke 17 ] **Klik image untuk Lihat Jelas !

Tv Kmkj